Saturday, 15 December 2018

6 Cara Cari Duit Tanpa Modal

Cari Duit Tanpa Modal Bisnes


Anda cari duit?nak buat bisnes tapi tiada modal? Bertenang, sebenarnya anda boleh buat duit tanpa modal jika anda menceburi bidang perniagaan internet.

Paling penting adalah anda perlu tahu apakah minat anda dan adakah anda mampu untuk belajar, dan buat duit. Kerana dalam bidang perniagaan internet anda perlu ilmu dan perlu buat kajian.

Kalau google saja, berlambak cara untuk buat duit dengan internet. Apa yang perlu adalah langkah pertama. Cari ilmu.

Terdapat berbagai cara untuk buat duit dari internet dan tanpa modal. Berikut adalah sedikit pendedahan dalam cara untuk anda buat duit dari rumah tanpa ada modal bisnes yang besar.










1. Buat duit dengan Dropship

Dropship adalah anda promote product orang lain, anda cari pembeli, anda order dengan supplier dan supplier akan hantar barang kepada pembeli anda.

Anda buat dropship, anda tak perlu modal. Anda cari supplier, anda promote, ada pembeli, anda order barang dan supplier terus hantar barang kepada pembeli.

Kelebihan dropship, anda tak perlu simpan stok barang. Material kadang-kadang disediakan oleh pihak vendor, sama ada dari segi ayat jualan, grafik dan stok.

Selain itu, anda buat dropship, anda dapat kurangkan risiko product tak laku. Kerana anda promote produk yang dah ada. Tak perlu simpan stok.Tanpa modal.

Ada order, anda order dengan vendor, vendor akan poskan order kepada customer. Buat part time di rumah pun boleh.

Anda boleh juga boleh iklankan produk dropship di Social Media seperti facebook, instagram, wechat dan juga ecommerce marketplace seperti LAZADA, LELONG dan Juga Shopee.

Kelebihan
tak perlu simpan stok
tak perlu modal
tak perlu pos barang

Kekurangan
tak tahu stok yang ada jika jual produk banyak variasi seperti warna dan size.
perlu menjadi orang tengah antara customer dan vendor.

Produk dropship anda boleh google vendor yang ada. Jika mahu marketplace boleh rujuk website
ordersini dan onpay dan juga kumoten.

Jika anda register melalui kumoten, anda boleh syncronize dengan marketplace ecommerce lain seperti lazada, 11street dan shopee.



Ada juga dropshipper yang lain menggunakan platform shopee untuk iklankan produk mereka.


Panduan Berniaga Di Shopee



Jika anda masih buntu untuk buat bisnes apa untuk jual produk di shopee, lazada, 11street.

Lihat bonus case study daripada bisneshopee ini. Anda akan didedahkan dengan 2 case study bagaimana cari pembekal, menguruskan kedai, masuk barang sehinggalah urus order sampai ke tangan pelanggan.

kedua dua case study ini tidak perlu modal dan tidak perlu simpan stok untuk bermula.













2 Jual Product Digital


Jual product digital ni sangat best. Kerana anda jual product yang tiada fizikal. Hanya jual product digital sepeti panduan video, podcast audio, membership course dan juga ebook.

Jika ada jualan, anda sediakan link dan halaman untuk download product digital ini. 

Contohnya, jika anda jual Video Panduan Memasak. Apa yang anda perlu lakukan adalah rakam video panduan, dan berikan link ataupun video-video kepada pembeli melalui email ataupun facebook. Ada juga usahawan lain yang jual panduan video menggunakan membership facebook.

Anda rakam siri video course, upload dalam group facebook private. Siapa yang dah buat bayaran anda approve masuk dalam group untuk tonton video. Mudah bukan. Tanpa modal.

Sekali rakam je video course.dan anda dapat bayaran penuh.

Sama juga jika anda ingin jual ebook. Pastikan anda tahu dan mahir apa yang anda buat panduan tersebut. Anda tulis dalam microsoft word. Convert dalam bentuk PDF. Anda buat surat jualan dan copywriting. Ada pembeli, hantar email melalui email ataupun facebook. Platform yang anda boleh hantar document (ebook) kepada pembeli.

Jika anda masih tiada idea dan tiada produk digital apa nak jual, anda boleh tengok panduan bisnes penulis ebook ini.




Apa yang diajar dalam panduan penulisebook ini adalah seperti,

Panduan membuat kajian dan mencari idea. 

Penting supaya anda tak syok sendiri menulis ebook. Dan anda tulis ebook dan panduan yang memang ada permintaan. Jika tidak buat kajian. Produk anda mungkin susah jual.

Panduan buat cover ebook anda. 

Juga penting supaya ebook anda nampak profesional. Jika anda tak pernah buat dan tak pernah tahu macam mana buat cover ebook dalam bentuk 3D. Dalam panduan penulisebook ada didedahkan cara untuk buat cover ebook. Mereka guna script khas dimana anda guna script ni dalam masa 10minit sahaja dah siap ecover anda.

Asas Pengiklanan Ebook

Dah ada produck (ebook), mesti kena ada proses pemasaran. Untuk memasarkan ebook, anda perlu juga tahu target dan audience produk anda supaya produk anda senang jual. Ada banyak cara, platform dan marketplace yang anda boleh iklankan ebook anda. Seperti facebook, onpay, amazon, kindle dan sebagainya.


 Jual produk digital ni best. Sebabnya anda buat bisnes tanpa modal. Modal anda adalah idea dan usaha sahaja. Kalau anda jual ebook, modal anda adalah Microsoft word yang diconvertkan dalam pdf. Kalau anda buat panduan dalam bentuk video, modal anda adalah rakaman anda.

Dah ada customer beli. Anda bagi atau hantar produk anda. Kalau customer bayar RM50, RM50 lah yang anda dapat. Tak perlu bayar kos pos, tak perlu bayar pekerja bungkus produk.

Best tak best?








3.Promote Product Affiliate


Promote product affiliate ni best juga sebab anda tak guna modal untuk menghasilkan product.  Kadang-kadang proses nak buat produk mengambil masa untuk dihasilkan. Dah ada produk belum tentu lagi produk anda laku.

Dalam produk affiliate sesetengah vendor dah siap sediakan bahan-bahan pemasaran. Anda perlu copy paste, promote sahaja produk mereka.

Dalam sistem affiliate, anda tak perlu risau pasal link yang di klik oleh pelawat. Hal ini kerana, dalam sistem affiliate, mereka menggunakan teknologi cookies di mana IP address pelawat direkodkan dalam sistem affiliate. 

Jika pelawat tidak mahu beli hari ini dan mahu beli produk pada kemudian hari. Dan pelawat membeli produk affiliate melalui link anda. Anda tetap dapat komisyen.

Bergantung pada tempoh aktif link cookies sistem affiliate tersebut berapa lama masa. Biasanya tempoh aktif link anda 6 bulan.


Buat duit dengan promote produk affiliate juga best sebab anda tak perlu modal untuk buat.

Untuk mereka yang tiada masa dan tiada kemahiran untuk hasilkan produk sendiri. Anda boleh cuba jual produk affiliate. Tak perlu modal dan tak perlu masa untuk buat produk.

Sales Page, Marketing Material disediakan. Anda perlu promote sahaja.

Antara marketplace yang popular di malaysia ialah, klikjer, ordersini dan juga onpay.my


Jika anda serius dalam buat duit dengan affiliate marketing ni anda boleh lihat cara Rahman Basri buat duit dengan promote produk affiliate.






Lihat total completed sale. RM200142. total paid comisyen RM72070. Hasil buat duit dengan affiliate. lihat lagi.






Kelebihan
-tiada risiko produk tak laku
-boleh guna cara free marketing.

Kekurangan
-bukan dalam seliaan sendiri, perlu ikot peraturan vendor.
-persaingan dengan promoter yang lain.





4.Khidmat Penulisan

Jika anda minat menulis, anda juga boleh jana pendapatan dengan mengambil tempahan khidmat menulis.

Apa yang best dengan menulis adalah, modal anda hanyalah penulisan dan juga idea anda. Tanpa perlu keluar duit untuk modal perniagaan.

Anda lihat dalam website iwriter ini, terdapat banyak permintaan untuk perkhidmatan menulis. Antara jenis penulisan yang anda boleh berikan khidmat adalah seperti, penulisan artikel, penulisan semula artikel, blog post dan juga ebook.






income anda boleh capai 3usd hingga 35usd bergantung pada jenis dan panjang penulisan anda.

Jika untuk pasaran malaysia anda boleh cuba beri khidmat penulisan dalam bantu.my. Bantu.my adalah salah satu marketplace untuk anda iklankan khidmat menulis dan khidmat lain.


Image result for bantu.my

Dalam bantu.my anda boleh iklankan khidmat penulisan seperti

Kertas Kerja Perniagaan
Perjanjian Komersial
Perjanjian Perniagaan
Polisi Syarikat
Artikel Produk
Ayat Iklan
Profile Syarikat
Surat Menyurat
Produk Review






Antara platform yang anda boleh gunakan untuk iklankan servis penulisan anda adalah.

Pasaran Malaysia 
bantu.my
mudah.my

Pasaran Global
iwriter
fiverr


Jika anda masih buntu tentang bagaimana cara buat duit dengan menulis. Lihat cara Aqif Azizan buat duit dengan menulis.






duit tanpa modal dengan menulis



5.Servis Fiverr

Fiverr adalah platform digital yang anda boleh gunakan untuk pasarkan kemahiran anda di pasaran global. Servis yang anda mampu tawarkan adalah sangat murah serendah 5usd. Namun servis yang anda tawarkan, hendaklah berpatutan dengan harga yang dikenakan.





Hal ini kerana, dalam servis option anda boleh  kelaskan katagori servis anda mengikut harga yang ditawarkan.

Antara servis yang anda boleh tawarkan adalah

Grafik design
-Design Logo
-Design Vector
-Karikatur
-Bisnes Card

Digital Marketing
-Influence Marketing
-SEO ( Search Engine Optimization)
-Ecommerce Marketing
-Video Marketing

Penulisan Dan Penterjemahan
-Penulisan Artikel
-Resume, Cover Letter
-Plan Perniagaan
-Ayat Jualan

Video & Animasi
-video promosi
-intro video
-video editing
-Jurucakap
-Whiteboard video


buat duit tanpa modal fiverr

Apa yang anda perlu ada adalah kemahiran anda. Contoh, Jika anda mempunyai kemahiran melukis karikatur, anda iklankan kemahiran anda dengan bayaran 10usd untuk hitam putih,30usd untuk warna. Dah siap lukis, anda deliver kepada customer, anda dapat bayaran.

Hanyalah kreativiti dan kerajinan anda untuk menjana pendapatan melalui platform servis digital ini dan boleh buat duit tanpa modal.

Layari website fiverr dan lihat servis yang sesuai untuk anda berikan dalam platform tersebut.

Jika anda mahukan pelanggan dari pasaran malaysia, anda boleh cuba servis di bantu.my. Marketplace sama seperti fiverr. Servis paling murah RM50. 





6.Youtube

Semua tahu youtube adalah platform untuk tonton video. Tulis di search bar youtube apa pun ada. Anda boleh tengok video lawak, video lagu, konsert, movie, course, cara diy, review dan sebagainya.

Tapi bagaimana cara jana pendapatan melalui youtube.

Ada banyak cara,

Paling penting anda kena ada content dalam channel youtube anda. Channel anda mestilah kena dengan minat atau hobi anda.

Contoh anda minat bermain gitar. Anda buat video cover gitar dan cara main gitar. Jika anda suka fesyen, anda boleh buat video cara pakai tudung. Jika suka travel, buat video aktiviti travel dan hotel review. Jika suka memasak, buat video memasak.

Mudah bukan. Ikot hobi anda. Jadikan hobi anda duit. Rakam aktiviti hobi dan publish dalam youtube.


Contoh content dalam youtube yang anda boleh buat inspirasi video channel anda.



Niche : Kecantikan
Content : Tutorial Cara mekap dan review produk
Income : Jual Produk Mekap dan Kecantikan
Produk : Stage  Sephora

Niche : Travel
Content : Aktiviti Travel dan hotel review
Income : Review Hotel dan Affiliate travel marketplace
Produk : traveloka, trivago , Travelog

Niche : Memasak dan makanan
Content : Aktiviti Memasak dan review restoran.
Income : Jual produk memasak dan buku resepi
Produk : Shopee, Lazada, Fave

Niche : Fesyen
Content : Cara pakai tudung
Income : Jual pakaian dan review produk
Produk : Zalora, Shelot Hermo


Contoh video tutorial dari niche fesyen. lebih 340000 views. Anda bayangkan jika anda mampu monetize video tutorial ni dengan sedikit promosi. ayat "klik link dibawah" dan "tekan butang subscribe"."dapatkan tudung di link dibawah" dan sebagainya.









Tengok video adik dari channel dunia ceria putri. 96000 views. Sambil-sambil jalan. Record video dan aktiviti. Buat sedikit editorial. Guna smartphone jer. Publish di youtube.

Dah ada ramai views, boleh la promote produk. Servis review dan sebagainya.






Jika anda hendak buat duit dengan youtube, anda perlu jadi influencer. Nak jadi influencer, anda perlu ada content yang berkualiti. Perlu usaha anda.

Namun, ianya tak perlu modal. Anda buat video yang anda minat dan suka. Ambik niche hobi anda dah memadai. Anda buat benda yang anda minat. Jadikan hobi anda duit.

Tools yang perlu adalah smartphone anda sahaja.
Download apps yang boleh edit sedikit video dan kemudian publish di youtube.

Untuk cari produk yang anda boleh jual dan promote di channel youtube adalah dengan mendaftar melalui involve asia.





Sedikit Tips Jika minat buat video dan buat duit di youtube.



Kualiti
Video perlu berkualiti dan bermanfaat. Selitkan call to action untuk subscribe channel anda.konsisten buat video.

Tajuk Video
Perlu buat keyword research untuk memudahkan carian.
Contoh keyword cara ataupun tutorial. Search Engine Result Youtube menunjukkan Carian dalam youtube. Bermaksud ramai yang buat carian video berkenaan.




Description
Dalam description mesti ada tulis sedikit info. Hal ini untuk memudahkan carian video anda dijumpai. Dalam description ni anda boleh letak contact.facebook, instagram dan sebagainya.

Tag.
Tag dalam video juga perlu dibuat. Untuk memudahkan youtube engine link video anda dari video lain yang sama tag.







************

Buat duit dengan internet ada sedikit mencabar kerana ia memerlukan semangat dan usaha untuk anda belajar. Hal ini kerana tanpa ilmu anda tak dapat buat duit dengan internet.

Semoga bermanfaat.



Panduan Pengiklanan

Facebook
Instagram
Wechat







About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com