Cara Membayar Hutang Yang Banyak Satu Per Satu
Apakah kehidupan anda hari ni baik?kalau baik Alhamdulillah.
Bagaimana pula dengan status kewangan anda?adakah anda berstatus bebas hutang ataupun anda berstatus hutang keliling pinggang?
Jika keliling pinggang. Mari kita lihat cara selesaikan hutang perlahan-lahan.

Langkah 1 : Senarai Semua Hutang
SENARAIKAN semua hutang-hutang yang ada.
dengan cara ini anda dapat ketahui hutang-hutang yang masih
belum selesai dapat lihat secara keseluruhan hutang anda.
susun ikut jumlah hutang
1. hutang penapis air RM2000
2. Hutang Kad Kredit RM6000
3. Hutang Kereta RM50000
4. Hutang Rumah RM200000
Langkah 2 : Senarai Income Yang Ada
SENARAIKAN berapa income anda. Ini termasuk dengan gaji dan purata duit poket anda dan duit tepi yang anda dapat jika ada buat part time.
Gaji Bersih : RM2500
Part Time Jual Air : RM300
Bisnes Dropship : RM300
Artikel Berkaitan : 13 Cara Cari Duit Lebih Dari Rumah
Langkah 3 : Senaraikan Komitmen Tiap Bulan
senaraikan pembayaran minima yang perlu dibuat setiap bulan
1. Penapis Air : RM100
2. Kad Kredit : RM300
3. Kereta : RM650
4. Rumah : RM1200
Langkah 4 : Sediakan Duit Lebih Untuk Bayar Hutang
SEDIAKAN duit lebih untuk bayar 10% lebih daripada hutang yang ada.
Untuk 10% ini anda boleh berjimat dan berbelanja ikut keperluan.
Kehendak seperti rokok, makan di restoran mahal dan pakaian mahal anda boleh ketepikan dulu.
Contoh :
Hutang Penapis Air : RM2000
10% daripada hutang : RM200
Baca : Cara Berjimat Dan Simpan Duit
Langkah 5 : Selesaikan Hutang Kecil
selesaikan hutang yang kecil pada langkah 4.
Jika pada kebiasaannya anda bayar hutang pada jumlah RM100, kali ini anda bayar RM200.
contoh :
hutang penapis air :
bayaran bulanan : RM100
10% hutang : RM200
jumlah : RM100 + RM200 = RM300
Bayaran untuk penapis air adalah RM300
Langkah 6 : Selesaikan Hutang Kedua
setelah hutang pertama penapis air selesai, jumlah wang RM300 anda boleh buat bayaran untuk selesaikan hutang
kedua, hutang kad kredit.
bayaran bulanan : RM300
bayaran baru : RM300 + RM300 = RM600
Langkah 7 : Selesaikan Hutang Lain
Selesaikan hutang ketiga, keempat dan kelima. Perkara ini dilakukan setelah hutang kedua telah selesai.
contoh :
hutang ketiga
bulanan kereta : RM650
bayaran baru : RM650 + RM600 = RM1250
Langkah 8 : Ulang
Ulang langkah 5 6 7 untuk selesaikan hutang anda.
*******
Dengan mengikuti langkah-langkah selesai hutang satu-satu, anda mungkin akan cepat selesai hutang anda.
Walaubagaimanapun, perkara ini bergantung pada anda. Sejauh mana disiplin anda untuk selesaikan hutang anda.
Dahulukan yang mana perlu dan kemudiankan yang mana kehendak.
Sekiranya anda masih buntu untuk cari duit poket, anda boleh lihat artikel 21 List Dan Panduan Cara Buat Duit Poket. Mungkin membantu anda dalam mencari idea untuk mencari duit poket.
Semoga bermanfaat.Share pada rakan-rakan yer.
Share! Share! Share!
Post a comment