Tuesday, 1 August 2017

Skim Rumah Pertamaku

Anda dah beli rumah?


Pernah dengar Skim Rumah Pertamaku?



Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk bantu golongan muda yang baru kerja, fresh graduate dan juga yang berpendapatan tidak lebih RM5000 untuk beli rumah pertama.

Pembiayaan adalah sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk beli rumah pertama tanpa perlu bayar deposit 10%.





pic : solutionsforall










Apakah kebaikan skim rumah pertamaku?



Antaranya adalah :

1. Anda boleh beli rumah pertama anda.
2. Pembiayaan adalah sehingga 100%.
3. Jenis rumah yang boleh dibeli adalah jenis rumah untuk didiami sahaja.
4. Pembiayaan anda boleh pilih nak yang islamik mahupun konvensional.





Apakah syarat-syarat skim rumah pertamaku?


1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
2. Rumah yang nak dibeli adalah rumah pertama.
3. Pekerja swasta termasuk badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kerajaan.
4. Pemohon berumur tidak melebihi 40 tahun.
5. Pendapatan seorang tidak lebih RM5000, Pendapatan Bersama tidak lebih RM10,000.
5. Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak lebih 60% daripada pendapatan bersih.




Apakah Jenis Rumah Yang Boleh Dibeli?


1. Rumah terletak dalam Malaysia
2. Harga Rumah Melebihi RM100,000

3. Harga Rumah Kurang RM500,000
4. Mesti tinggal di rumah berkenaan.



Keperluan Pembiayaan.


1. Tempoh pembiayaan tidak lebih 35 tahun. (tertakluk umur pemohon tidak lebih 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
3. Bayaran ansuran adalah melalui potongan gaji.
4. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.



Untuk memohon skim rumah pertamaku anda boleh rujuk dengan pihak bank yang terlibat dengan skim ini. 



Bank Yang Terlibat Dengan Skim Rumah Pertama ku


Affin Bank

Alliance Bank

Ambank

Bank Islam

Bank Muamalat

Cimb Bank

Hong Leong

Maybank

Ocbc Bank

Public Bank

RHB Bank

Standard Chartered

UOB


Lihat video ringkas cara mohon skim rumah pertamaku







Anda dah tahu cara kira kelayakan pinjaman perumahan anda?

Boleh lihat artikel ini, mungkin sedikit sebanyak memberi gambaran untuk anda kira kemampuan anda, harga rumah dan komitmen bulanan supaya anda boleh rancang untuk beli rumah.




Kongsikan sekiranya artikel ini memberi manfaat pada anda.

Semoga berjaya!



untuk artikel penuh dan rujukan boleh rujuk ke laman web  rasmi skim rumah pertamaku (SRP) 

www.srp.com.my
































About the Author

Unknown

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

1 comments:

  1. Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

    Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

    E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


    Permohonan pinjaman termasuk:

    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Kedengaran: _________
    Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
    Pupuse _________
    tempoh pinjaman __________
    Pendapatan bulanan: _________
    Telefon: _________

    Sila hubungi kami melalui e-mel

    E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com

    ReplyDelete

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com