Monday, 31 July 2017

Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan


Cara Mudah Kira Kelayakan Pinjaman Rumah



Anda ingin beli rumah? Dah tahu berapa kelayakan Pinjaman loan perumahan anda?

Apabila dah tahu berapa kelayakan pinjaman , barulah kita boleh intai rumah mana yang sesuai dengan kemampuan dan kelayakan pinjaman kita.

Ini juga penting supaya anda dapat tahu dan buat perancangan tentang berapa komitmen yang diperlukan, berapa harga rumah yang layak,lokasi mana hendak cari rumah dan juga jenis rumah yang hendak dibeli.


artikel berkaitan : 5 Langkah Buat Pelaburan Hartanah


Cara kira berapa jumlah loan yang kita layak buat pinjaman sangat mudah.


Mari kita sama-sama lihat cara kira kelayakan pinjaman perumahan.




pic : 21ventures




Mula-mula


Anda perlu kira berapa gaji bersih yang anda perolehi.
Contohnya : 

Gaji kasar : RM2900
Gaji bersih : Gaji Kasar- Potongan Tetap (KWSP, SOCSO, Cukai Pendapatan)
: RM2900 -RM300
:=RM2600




Kemudian



Anda perlu kira Debt Service Ratio (DSR).Jika gaji bawah RM3000 DSR yang dibenarkan adalah 60%. Jadi Jika pendapatan bersih RM2600 .


DSR Maksimum yang dibenarkan adalah 60% x RM2600 = RM1560





Formula :

Bayaran bulan ansuran rumah baru + jumlah komitmen(hutang sedia ada dengan bank) / Gaji bersih bulanan X 100%.




Contoh Pinjaman Rumah Lulus

Encik Abu mempunyai gaji bersih RM2600.. loan peribadi RM200 dan loan kereta RM300. Ansuran bulanan rumah baru adalah RM500. 



Gaji Bersih : RM2600
Pinjaman Kereta : RM300
Pinjaman Peribadi : RM200
Ansuran Rumah Baru : RM500
Peratusan Kelayakan : 60% -70% (bergantung pada bank)



DSR : [RM500 + (RM300 + RM200) ] / RM2600 x 100 = 38 %


Peratusan DSR adalah 38 % daripada gaji bersih. Encik Abu layak untuk mohon loan rumah.







Contoh Pinjaman Rumah Tidak Lulus


Encik Ali mempunyai gaji bersih RM2600.. loan peribadi RM800 dan loan kereta RM700. Ansuran bulanan rumah baru adalah RM600.



Gaji Bersih : RM2600
Pinjaman Kereta : RM700
Pinjaman Peribadi : RM800
Ansuran Rumah Baru : RM600
Peratusan Kelayakan : 60% -70% (bergantung pada bank)




DSR : 

[RM600 + (RM800 + RM700) ] / RM2600 x 100 = 80 %



Jika komitment terlalu tinggi, bank mungkin akan reject permohonan loan anda. DSR Encik Ali 80%, sudah melebihi 70% DSR yang ditetapkan oleh pihak bank. Kebarangkalian loan Encik Ali lulus mungkin tipis.




Kira Kelayakan Pinjaman Rumah guna "Rule of 200". Cara ini lebih mudah. Namun ia bukannya adalah angka yang tepat, tetapi boleh dijadikan panduan kira berapa harga rumah anda mampu beli dengan komitmen bulanan. 

Formula adalah :


Ansuran Bulanan x 200 = Harga Rumah. 


Contoh Kira Loan Rumah :

 500 x 200 = RM100,000


Maka dengan ansuran sebanyak RM500 sebulan, harga rumah yang anda layak beli adalah RM100,000.

Dah tahu berapa harga rumah yang mampu dibeli dan komitmen bulanan barulah anda boleh intai rumah untuk dibeli. 



Boleh tonton video cara kira pinjaman perumahan di bawah untuk lebih faham. 

Semoga Berjaya!







Mortgage Calculations




Disclaimer : Kira-Kira ini adalah sebagai rujukan sahaja, anda boleh rujuk pihak bank untuk kira kelayakan Pinjaman Perumahan yang lebih tepat.






Ketahui rahsia CONFIRM lulus loan rumah yang tak ramai orang tahu!

Pegawai pinjaman bank suka giler proses permohonan pinjaman perumahan anda jika anda tahu rahsia ini. Klik link dibawah.










About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com