Sunday, 16 April 2017

5 Step Beli Rumah Guna KWSP

Tahukah anda bahawa anda boleh buat pengeluaran duit kwsp untuk beli rumah?


Akaun yang anda boleh keluarkan adalah akaun simpanan kwsp 2. 

untuk anda beli rumah dengan kwsp, anda hendaklah

1. Ahli bertaraf warganegara Malaysia atau Bukan Warga Negara
2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
3. Akaun simpanan dalam Akaun 2 masih ,minimum RM500

Nak beli rumah dengan kwsp ni senang je sebenarnya. Mari lihat step untuk anda buat pegeluaran duit kwsp untuk beli rumah.





sumber pic : mynewshub




Step 1 : Semak KWSP, Semak Kelayakan Pinjaman



Untuk pengeluaran wang dari kwsp akaun 2 bagi tujuan pembelian rumah, 
anda hanya boleh mengeluarkan sejumlah  10% daripada jumlah harga rumah yang ingin dibeli ataupun semua simpanan akaun 2.

Bermakna, jika rumah yang anda hendak beli berharga RM200 000, anda cuma boleh mengeluarkan maksimum 10% daripada 
RM200 000, tidak lebih daripada itu.

Checklist confirm lulus loan rumah.






Step 2 : Cari Rumah 



Dah tahu amoun yang anda mampu beli rumah, baru lah anda boleh intai-intai rumah yang ada untuk dibeli.

Jenis rumah yang anda boleh cari adalah seperti banglo,teres,rumah berkembar, rumah apartment,
kondominium,studio apartment, servis apartment, "townhouse" dan juga SOHO.

Artikel Berkaitan : 10 Portal Hartanah Untuk Anda beli rumah dan hartanah.






Step 3: Lengkapkan Document

Anda perlulah menyediakan dokumen seperti dibawah untuk anda mohon pengeluaran duit kwsp anda:


-Surat perjanjian jual beli rumah
-Surat kelulusan pinjaman bank
-Kad pengenalan dan juga salinannya
-Buku akaun bank atau slip pengesahan akaun bank simpanan anda
-Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
-Borang KWSP3 (pindaan) - jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/ permohonan melalui pos

Sila rujuk senarai semak dokumen pengeluaran membeli rumah kwsp di portal kwsp. Anda boleh juga terus ke kaunter kwsp yang berdekatan. Lagi senang.

Untuk maklumat dan borang terkini anda boleh la berurusan dengan pihak kwsp ataupun boleh visit website kwsp.







Step 4: Hantar permohonan kepada kwsp



Apabila semuanya sudah lengkap, pihak KWSP akan proses permohonan anda dan dijangka dalam tempoh 15 hari, duit akan ditransfer masuk ke dalam akaun bank simpanan 
anda untuk membolehkan anda menggunakannya untuk tujuan pembelian rumah tersebut.




Step 5 : Terima Duit Beli Rumah



Anda boleh teruskan berurusan dengan pihak penjual untuk 
langkah seterusnya.











Apakah Syarat Pengeluaran KWSP untuk beli rumah?




Untuk keluar duit kwsp beli rumah anda perlulah patuhi syarat-syarat berikut:


1. Ahli beli atau bina rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
*Jenis rumah kediaman (banglo,teres,rumah berkembar, rumah apartment,
kondominium,studio apartment, servis apartment, "townhouse" dan juga SOHO.



2. Ahli kwsp buat pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan:

-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
-Kerajaan Pusat/ Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
-Majikan ahli
-Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
-Syarikat insurans berlesen yang diluluskan oleh bank negara malaysia.
- Pemberi pinjaman yang dibernarkan oleh pihak kwsp.
- bayar tunai


3. Ahli telah menandatangani surat perjanjian membeli rumah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan.

4. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran untuk beli rumah pertama guna kwsp

5. Ahli ingin beli rumah yang telah diperoleh secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan kwsp.






Anda Tidak Layak Untuk Mohon Pembelian Rumah Dengan KWSP sekiranya : 

- Membeli rumah tanah atau lot tapak rumah sahaja.
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
- Mengambil pinjaman berbentuk overdraft
- Membeli rumah ketiga
- Membeli rumah di luar negara




*

Semoga anda berjaya untuk beli rumah dengan duit kwsp ini. Kongsikan pada kawan-kawan sekiranya artikel ini bermanfaat pada anda dan juga kawan-kawan anda. 






















About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com