Tuesday, 4 October 2016

3 Perkara Pemilik Rumah Perlu Tahu Sebelom Jual Rumah Mereka

3 Perkara Perlu Tahu Sebelum Jual Rumah



Encik Ali memiliki beberapa buah rumah. Encik Ali bercadang untuk mendapatkan pembeli bagi sebuah rumah milik nya. Namun, setelah iklankan rumahnya di sebuah portal internet. Rumah Encik Ali masih tidak berjaya dijual sehingga 6 bulan masa berlalu.

Apakah yang menyebabkan rumah Encik Ali lambat dijual?

Adakah Encik Ali tidak tahu cara untuk jual rumah?

3 Perkara penting untuk Encik Ali tahu tentang cara bagaimana rumah Encik Ali senang dan cepat untuk dapatkan pembeli.



1. PRICING


Harga rumah, pertama sekali kalau kita nak beli barang kita akan lihat harga. Adakah harga rumah berbaloi dengan kualiti dan jenis rumah yang hendak dijual?

Berapakah market value rumah dan berapakah harga rumah yang Encik Ali hendak jual.

Jikalau harga rumah yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga market value senang sahaja menarik minat pembeli untuk membeli rumah Encik Ali.

Jika harga yang Encik Ali hendak jual rumah pada harga lebih tinggi daripada harga market value, adalah amat sukar untuk dapatkan pembeli. 

Hal ini kerana, jika pembeli mempunyai duit cash dan benar-benar inginkan rumah tersebut kerana permintaan tinggi, pembeli akan bayar walaupun harga tinggi.

Akan tetapi , bagaimana pula jika pembeli tersebut adalah pembeli yang perlu buat loan rumah, akan ada masalah loan,bank hanya luluskan pinjaman perumahan mereka setakat jumlah market value sahaja. Jadi pembeli perlu tambah sejumlah wang lagi untuk menggenapkan harga rumah.

Perlu diingatkan, rumah yang ditawarkan adalah rumah "subsale" ataupun rumah second hand. Jika harga rumah lama sama dengan harga rumah baru. Lebih baik mereka beli rumah baru.

Pemilik rumah sudah tentu mahukan harga rumah yang tinggi, manakala pembeli juga sudah tentu mahukan harga yang rendah.

Pemilik rumah seharuslah bertimbang rasa untuk menurunkan harga rumah kerana, harga rumah yang hendak dijual sudah meningkat naik dari segi harga semasa. Bermaksud, Encik Ali sudah mempunyai keuntungan sedikit sebanyak daripada harga rumah yang dibeli pada waktu mula-mula dulu.



2. MARKETING


Tujuan marketing adalah memberikan pendedahan kepada umum bahawa rumah Encik Ali hendak dijual.

Dalam hal ini, Encik Ali hanya iklankan rumah yang hendak dijual pada beberapa tempat sahaja. Terdapat beberapa cara untuk berikan pendedahan tentang marketing rumah subsale seperti.

1. Banner
2. Fliers
3. Portal Hartanah
4. Akhbar

Pendedahan yang dibuat Encik Ali hendaklah secara menyeluruh dan bertarget seperti kepada siapa rumah tersebut hendak dijual, siapa yang layak dan siapa yang mahu memilik rumah Encik Ali.

Iklan yang dikeluarkan Encik Ali hendaklah didedahkan dan dihebohkan dengan pengiklanan berbayar. Hal ini supaya pendedahan yang dibuat adalah lebih banyak dan berkualiti supaya rumah Encik Ali dapat dijual dengan lebih cepat.






3. NETWORKING


Networking adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memberikan pendedahan pada umum supaya lebih cepat dan lebih meluas.

Networking boleh dimulakan dengan keluarga pemilik rumah, kawan-kawan di tempat kerja dan jiran-jiran di sekeliling.

Pemilik rumah hendaklah bergaul dengan ejen-ejen hartanah. Hal ini kerana, ejen-ejen hartanah mempunyai network dikalangan ejen yang sangat besar disamping mereka dapat melakukan usaha sama antara ejen yang dipanggil "Co- Agency"ataupun COA.

Contoh, Encik Ali mempunyai kawan ejen hartanah nama A, manakala si Ejen B pula mempunyai kawan pembeli yang mencari rumah di kawasan rumah Encik Ali. Ejen A dan Ejen B boleh melakukan COA antara mereka untuk membantu Encik Ali dapatkan pembeli rumah nya.

Rumah Encik Ali dijual dengan lebih mudah can cepat.



.


3 perkara ini adalah penting jika anda memiliki rumah dan ingin dapatkan pembeli rumah dengan lebih cepat.


Jika anda mempunyai rumah dan berhasrat untuk menjual rumah anda, anda boleh semak market value rumah anda dan iklankan rumah anda di platform berbayar supaya pendedahan rumah lebih tinggi.




Semoga bermanfaat.





thomasdbrown.com



















About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com