Friday, 12 August 2016

Cara Mudah Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan


Loan Rumah Lulus Ke Tak Lulus?


Loan perumahan adalah sangat penting dalam pembelian rumah dan hartanah, hal ini kerana melibatkan faktor bank lulus atau tidak lulus. Lain pula cerita jika kita ada banyak duit dan boleh bayar cash. 


Artikel Berkaitan: 5 Cara Cari Duit Deposit Rumah

Tapi jika ingin beli rumah dengan buat pinjaman bank,agak sukar kerana pihak bank akan mengira kelayakan pinjaman perumahan.


Oleh itu, sebelum kita survey-survey rumah yang hendak dibeli dengan loan bank. Adalah baik juga untuk kita kira adakah layak untuk kita mohon loan bank?

Artikel Berkaitan :  7 Sebab Bank Tak Lulus Loan Rumah

untuk kira sama ada loan kite lulus ke tak lulus, kita boleh guna formula yang diguna pakai oleh pihak bank untuk menilai loan kita lulus ke tidak.


Untuk itu, kita perlulah tahu cara untuk kira DSR (Debt Service Ratio).


Debt Service Ratio (DSR)



Formula :

Bayaran bulan ansuran rumah baru + jumlah komitmen(hutang sedia ada dengan bank)/Gaji bersih bulanan X 100%.




Contoh Loan Rumah Lulus


Encik Abu mempunyai gaji bersih RM2600.. loan peribadi RM200 dan loan kereta RM300. Ansuran bulanan rumah baru adalah RM500.



Gaji Bersih : RM2600
Pinjaman Kereta : RM300
Pinjaman Peribadi : RM200
Ansuran Rumah Baru : RM500
Peratusan Kelayakan : 60% -70% (bergantung pada bank)



DSR : [RM500 + (RM300 + RM200) ] / RM2600 x 100 = 38 %


Peratusan DSR adalah 38 % daripada gaji bersih. Encik Abu layak untuk mohon loan rumah.





Contoh Loan Rumah Tidak Lulus



Encik Ali mempunyai gaji bersih RM2600.. loan peribadi RM800 dan loan kereta RM700. Ansuran bulanan rumah baru adalah RM600.



Gaji Bersih : RM2600
Pinjaman Kereta : RM700
Pinjaman Peribadi : RM800
Ansuran Rumah Baru : RM600
Peratusan Kelayakan : 60% -70% (bergantung pada bank)




DSR :

[RM600 + (RM800 + RM700) ] / RM2600 x 100 = 80 %
Jika komitment terlalu tinggi, bank mungkin akan reject permohonan loan anda. DSR Encik Ali 80%, sudah melebihi 70% DSR yang ditetapkan oleh pihak bank. Kebarangkalian loan Encik Ali lulus mungkin tipis.




-------------------------


Di bawah ini ada loan calculator untuk kita anggarkan berapa bayaran bulanan loan rumah. 

Loan Amount 90% untuk rumah pertama, dan 70% untuk rumah kedua daripada harga rumah.


Tekan 'Calculate' dan kita dapat tahu anggaran bulanan yang nak kena bayar.






Description Data Entry
Loan Amount
Loan Length in Months
Interest Rate
Monthly PaymentCalculated






Ketahui rahsia CONFIRM lulus loan rumah yang tak ramai orang tahu!


Pegawai pinjaman bank suka giler proses permohonan pinjaman perumahan anda jika anda tahu rahsia ini. Klik link dibawah.












 picture from : uclippardauctions.com 




Disclaimer :
cara kira kelayakan pinjaman perumahan ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran sahaja. Kadar kelulusan loan adalah bergantung pada pihak bank. Pembaca disarankan merujuk dengan pihak bank untuk mendapatkan maklumat terkini dan lebih sahih dan tepat.





















About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com