Sunday, 28 August 2016

5 CARA CARI DUIT DEPOSIT RUMAH

Cara Cari Duit Untuk Bayar 10% Deposit Rumah


Proses nak beli rumah subsale perlu modal. Masalah yang sering kawan-kawan perkatakan adalah 10% deposit.

Mana nak cari 10% deposit rumah?.

10% nampak macam kecil sahaja nilainya , tapi harga rumah RM300,000, dah jadi RM30,000 nak kena cari dan get ready 10% deposit. Aduhh!!.

Sebenarnya untuk beli rumah ni perlu plan ataupun perancangan

Bagaimana nak dapat 10% deposit?bagaimana pula nak bayar rumah? berapa amount perlu bayar?berapa layak untuk bayar loan bank?Mana nak cari rumah berkualiti?Rumah bawah market value?


Artikel Berkaitan :  5 Langkah Perlu Tahu Sebelum Mula Pelaburan Hartanah


Banyak persoalan yang perlu dijawab. Namun disini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk kawan-kawan dapatkan 10% deposit rumah.





1# Teknik Menyimpan


Teknik menyimpan ini, adalah perkara paling mudah, tapi paling payah nak buat. Perlukan disiplin yang sangat tinggi.

Untuk menyimpan duit, kita perlulah lebih spesifik dan

Tetapkan beberapa percent daripada gaji untuk simpan dan dapatkan 10% deposit untuk tempoh-tempoh yang tertentu.


contoh 1 :


Matlamat : 10% deposit
harga rumah : RM300 000
Jenis Rumah : Teres 1 Tingkat
Jumlah Deposit : RM30 000
Tempoh Menyimpan : 1 Tahun
Simpan Sebulan : RM2500



contoh 2 :

Matlamat : 10% deposit
Harga Rumah : RM200 000
Jenis Rumah : Flat
Jumlah Deposit : RM20000
Tempoh Menyimpan : 1 tahun
Simpan Sebulan : RM1670



Namun cara menyimpan ini agak memakan masa kerana untuk anda dapatkan deposit adalah setahun kemudian, harga rumah setahun kemudian sudah tidak sama.

Namun begitu, ada baiknya juga sekiranya anda mula kan projek simpan duit ini sekarang , sekurang-kurangnya anda nampak hasil simpanan anda di masa akan datang.

Paling penting adalah goal anda. Apakah matlamat anda simpan duit?

Artikel Berkaitan : Tips Jimat dan Simpan Duit







2 #Teknik Melabur




Teknik melabur adalah antara teknik cepat untuk kumpul duit deposit rumah. Hal ini kerana kita mampu untuk menggandakan wang yang ada kepada beberapa jumlah yang seterusnya.


Namun begitu, teknik melabur ini perlukan ilmu untuk melakukannya, jika tidak kita bukan melabur tapi melebur.

Ada beberapa cara untuk melabur, cara melebur pun banyak. Namun untuk pelaburan yang agak kurang berisiko saya cadangkan kawan-kawan untuk buat pelaburan dalam unit amanah.


Dalam bahasa orang puteh, unit amanah ini boleh juga disebut sebagai unit trust ataupun mutual fund. Agak ke bandar sket bunyinya.

Unit amanah adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana(fund manager), yang mengutip duit orang ramai (pelabur) di mana Syarikat pengurus dana akan melaburkan duit-duit dan modal para pelabur untuk membuat keuntungan menerusi ikatan amanah.

Jadi pelaburan yang kita buat adalah melalui pengurus dana ataupun fund manager yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Fund manager di malaysia adalah seperti,


1. AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD,
2. AMFUNDS MANAGEMENT BERHAD
3. CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD
4. AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD
5. PUBLIC MUTUAL BERHAD


refer link FIMM

Ini adalah sebahagian unit trust company yang ada.

Namun begitu, untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan anda perlu ada ilmu.


Sekiranya anda ingin gandakan Dividen ASB sehingga lebih 40% setahun. Anda boleh lihat hasil penulisan Cikgu Imran dalam Celik Pelaburan ASB. Teknik yang digunakan oleh pelabur-pelabur tegar ASB di luar sana, ada yang dapat menjana pasif income, langsai hutang awal dan ada juga yang beli kereta cash


Anda juga boleh manfaatkan teknik ini untuk buat modal 10% deposit rumah, malah dapat tambah income lagi.


Selain itu, sekiraya anda ingin membuat pelaburan unit amanah dengan keuntungan maksimum dengan memilih fund yang untung lebih tinggi. Anda boleh lihat hasil penulisan Khairul Arifin Selamat dalam rahsia unit trust.


Anda akan didedahkan dengan kaedah ringkas untuk pilih dana saham terbaik yang sedang mengalami peningkatan yang memberangsangkan berbanding dana-dana yang lain .Apakah kriteria-kriteria yang perlu dilihat dan dinilai sewaktu memilih dana pelaburan. Dan masa yang sesuai untuk anda membeli dan menjual unit trust anda.

Artikel Berkaitan : Bagaimana Pelaburan ASB bantu Anda Beli Rumah





"Carilah ilmu untuk Melabur, Bukan untuk Melebur"





3 #Teknik Meminjam





Teknik yang mudah, tapi agak membebankan. Kalau boleh elakkan. Sebab nanti anda perlu bayar 2 loan, loan rumah dan juga loan peribadi.


Namun begitu, ramai juga kawan-kawan kita yang memilih untuk bayar deposit rumah dengan cara ini, Hal ini kerana, mereka dapat membeli rumah dengan lebih cepat.

Cepat dapat cash untuk 10% deposit, tapi perlu bayar hutang loan peribadi dengan loan baru untuk rumah. Mungkin agak membebankan.

Rancang kewangan anda dengan bijak. Jangan pula pegi cari along ya....pergi ke kaunter bank dan tanya mereka sekiranya ingin buat loan peribadi untuk cash 10% deposit dengan personal loan.







4 #Teknik Berniaga





Teknik berniaga adalah teknik yang susah untuk dicapai dan tidak mustahil kerana bergantung pada minat dan usaha. 

Tetapi usaha untuk dapatkan 10% deposit adalah lebih cepat berbanding cara lain.


Namun ia juga berbalik kepada cara pertama iaitu teknik menyimpan di mana hasil daripada keuntungan berniaga hendaklah dipecahkan beberapa persent untuk menyimpan duit deposit 10% rumah.


Anda boleh buat bisnes secara part time untuk dapatkan income tambahan di samping kumpul duit untuk 10% deposit rumah. 

Anda juga boleh mula bisness borong dari china tanpa perlu ke china dengan modal RM500. Lihat rahsia borong dari china tanpa ke china.


Anda juga boleh mula buat bisnes air balang, dengan bisnes air balang sahaja anda boleh dapatkan income dalam 7 ribu sebulan.

Anda mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan setelah rasa seronok berniaga, income pun banyak, duit deposit 10% pun cepat dapat.


Walaubagaimanapun, mesti tetapkan matlamat untuk kumpul duit 10% deposit dan ada sebahagian daripada keuntungan bisnes untuk simpan dan duit 10% deposit.


Artikel Berkaitan : 13 Cara Buat Duit Secara Part Time









5 #Teknik KWSP



Teknik keluarkan duit kwsp ni perlu mendapatkan persetujuan owner ataupun penjual rumah. Hal ini kerana, pihak owner ataupun pihak penjual berhak untuk dapatkan deposit rumah mereka tanpa perlu tunggu masa yang lama.

Dalam 10% deposit rumah.

3.18 % booking fee(earnest deposit)
6.82%  upon sign snp

Untuk mengeluarkan kwsp, anda wajib mendahulukan booking 3.18%. 

Baki 6.82% adalah selepas loan bank approved dan siap document Sales & Purchase Agreement(Snp).

Pihak kwsp memerlukan beberapa document SnP dan sokongan lain semasa permohonan dibuat. Ianya mengambil sedikit masa dan memerlukan persetujuan owner ataupun pihak penjual untuk menunggu duit kwsp diluluskan.

Oleh itu, sekiranya anda ingin keluarkan wang kwsp untuk bayar deposit rumah, anda perlulah mendapatkan persetujuan pihak owner untuk anda keluarkan wang kwsp dan menjelaskan baki 6.82% deposit yang selebihnya.


refer risalah kwsp


Artikel berkaitan : 11 Proses Beli Rumah Subsale , 5 Step Beli Rumah Guna KWSP









*


5 teknik untuk anda guna cari deposit 10% ini adalah bergantung pada anda sendiri. Kerana anda yang mencorakkan kejayaan anda untuk memiliki rumah dan asset.

Saya hanya mampu tunjuk jalan dan kongsikan apa yang dirasakan berguna untuk anda.

Apa yang penting adalah lengkapkan diri dengan ilmu, supaya tak rugi dan perjalanan anda untuk berjaya lebih mudah.


Nak lagi best, anda dapatkan ebook "takde duit, boleh beli rumah ke?" Sangat menarik dimana ebook ini kongsikan bagaimana otai-otai hartanah beli rumah dengan modal yang minima.



Tahniah kerana anda berusaha untuk mencari 10% deposit rumah. Selamat maju jaya diucapkan.

Masukkan email di kotak hijau dan anda dapat tips inspirasi kejayaan anda melalui email secara percuma.

Ada komen dan pandangan sila lemparkan di ruangan komen. TQ.





pic source : onthemarket.com







About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com