Tuesday, 16 August 2016

11 Langkah Proses Beli Rumah Second Hand Dengan Agen Hartanah

Cara Beli Rumah Second Hand (Subsale)


Nak beli rumah subsale ataupun rumah second hand, bukan lah mudah seperti yang disangka . Mungkin juga lah salah satu sebab kenapa ramai kawan-kawan kita yang masih tidak memiliki rumah selain perlu sedikit modal untuk deposit dan sebagainya.

Oleh itu, saya ingin kongsikan pada kawan-kawan secara ringkas proses dan cara nak beli rumah subsale.

Proses ini adalah bukan yang tepat, tetapi anda boleh buat rujukan sedikit sebanyak untuk mendapatkan gambaran bagaimana proses flow beli rumah second hand ni.





pic credit : blog.remax-malta.com



Proses 1 : Tengok Rumah



Tengok rumah adalah step mula-mula kerana sebelum beli rumah mesti lah kita nak tahu keadaan rumah yang hedak dibeli.wujud ke tak wujud.ada retak mana-mana ke.





Proses 2 : Bayar Booking



Jika berkenan dengan rumah yang hendak dibeli, anda mestilah menyediakan 3.18% sebagai booking fee ataupun earnest deposit sebagai tanda jadi anda hendak beli rumah tersebut.





Proses 3 : Letter of Acceptance(LOA)



Pada waktu bayar earnest deposit, anda akan disediakn document Letter of Acceptance(LOA). document ini akan digunakan untuk apply loan bank sebagai surat tawaran untuk beli rumah tersebut.





Proses 4 : Apply Loan Bank



Anda diberi masa 14 hinga 21 hari untuk menyediakan dan mengetahui permohonan loan anda lulus ke tak sebelum siapkan Sales & Purchase Agreement.


Artikel Berkaitan : Cara Mudah Kira Kelayakan Loan Rumah




Proses 5 : Upah Peguam Siapkan Sales & Purchase Agreement



Jika anda mempunyai kenalan dan saudara peguam hartanah anda boleh la berhubung dengan mereka, sekiranya tiada, anda boleh rujuk kepada agen yang ada sedang berurusan. Mereka boleh recommend lawyer yang power untuk anda. 




Proses 6 : Tandatangan Sales & Purchase Agreement



Setelah dokumen Sales & Purchase Agreement (SPA) telah siap. Anda boleh la turunkan tandatangan anda pada dokument tersebut. Sebelum turunkan tandatangan anda, pastikan permohonan loan anda telah lulus.
 


Proses 7 : Bayar Baki Deposit 6.82%



Setelah document Sales & Purchase Agreement telah siap, anda kene get ready juga untuk jelaskan baki daripada 10% deposit.Masa Sign Letter of Acceptance, anda telah bayar 3.18% ,sekarang anda perlu jelaskan baki 6.82% deposit daripada 10%.



Proses 8 : Pihak Lawyer Dan Bank Process Document



Untuk step ini, ambik sedikit masa dan melibatkan banyak pihak.Jadi anda perlu tunggu 4-5 bulan proses untuk siap.Pastikan selalu update dengan lawyer supaya mereka tidak tidur.




Proses 9 : Pihak Bank Bayar Kepada Pihak Penjual Rumah



Setelah document siap dan tiada masalah, pihak bank akan buat bayaran kepada owner ataupun pemilik rumah balance 90% daripada harga rumah. 10% deposit anda dah bayar.




Proses 10 : Peguam Uruskan Pengambilan Kunci



Setelah settle semua document dan bank telah selesaikan jumlah bayaran kepada owner. Pihak peguam pula akan menguruskan proses pengambilan kunci. Dan rumah akan dikosongkan. Pastikan rumah ini jelas dari hutang-hutang yang lain dan bil-bil yang tertunggak.




Proses 11: Rumah Anda Yang Punya



Tahniah!Anda Berjaya memiliki rumah.  



----------------------


Proses dan step untuk beli rumah ini adalah gambaran secara kasar dimana begitulah flow untuk beli rumah dari mula-mula view sampailah anda dapat kunci.


Percaya atau tidak kawan-kawan boleh beli rumah dengan harga yang minima dan boleh jimat berpuluh ribu?

Semuanya ditulis dalam ebook ini. Tak Ada Duit? Boleh Beli Rumah Ke?


Mengisahkan cerita bagaimana cara otai hartanah beli rumah dengan modal yang minima.






Tonton video ringkas di bawah untuk panduan membeli rumah pertama







Kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat. Boleh juga subscribe dalam kotak hijau.masukkan email anda supaya resepi kejayaan anda dihantar melalui email anda.


Kalau ada info nak tambah, sila tinggalkan komen.TQ



















About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com