Wednesday, 20 July 2016

3 Jenis Pasaran Hartanah. Anda di Pasaran Yang Mana?

3 Jenis Pasaran Hartanah


Sebelum memulakan pelaburan hartanah dan mula cari hartanah. Anda mestilah mengetahui pasaran hartanah yang terdapat di Malaysia.

Pasaran hartanah tersebut adalah :


  • Pasaran Primer
  • Pasaran Sekunder
  • Pasaran Tertiari

Ketiga-tiga pasaran hartanah ini adalah berbeza dari segi keuntungan dan risiko. Walaubagaimanapun, pilihan untuk membeli hartanah di pasaran yang mana adalah bergantung kepada anda sendiri. 

Ianya adalah mengikut cita rasa dan kemampuan anda sendiri.


Pasaran Primer (underconstruction)


Rumah dalam pasaran primer projek baru (underconstruction) yang melibatkan pihak pemaju dan juga pihak pembeli. Pada kebiasaannya, pemaju akan membuat lakaran dan gambaran rumah yang bakal dibina untuk ditunjukkan kepada pembeli.

Antara Kelebihan membeli rumah pasaran primer adalah anda dapat memiliki rumah dengan rekabentuk yang terkini dan cantik. Rumah dalam keadaan baru. Selain itu, rumah pasaran primer dapat dibeli dengan kos permulaan yang rendah kerana ada sesetengah pemaju yang memberikan rebate dan diskaun  yang tinggi kepada pembeli.

Antara keburukan rumah pasaran primer adalah pembeli akan menghadapi risiko rumah terbengkalai.

Harga rumah pasaran primer adalah mahal berbanding unit yang ada di kawasan sekitar. Walaupun kos permulaan adalah rendah, kos selepas rumah siap mungkin agak tinggi bergantung kepada penghuni dimana akan ada kos-kos seperti wiring, renovation, perabot dan sebagainya.




Pasaran Sekunder (subsale)


Rumah pasaran sekunder adalah rumah 'subsale' atau dalam bahasa mudah faham rumah 'second hand'. Rumah yang sudah digunakan. Rumah subsale kebiasaanya melibatkan pihak pemilik rumah dan juga pembeli, ada juga kadang-kadang melibatkan agen hartanah.


Kelebihan membeli rumah subsale adalah tiada risiko rumah terbengkalai kerana rumah yang bakal dibeli sudah siap dibina. selain itu, membeli rumah subsale  anda dapat mengetahui harga pasaran semasa hartanah yang anda bakal miliki dan mengetahui nilai keuntungan hartanah daripada sewa. 

Dari segi proses jual beli, rumah subsale memerlukan anda untuk deposit 10% daripada harga rumah yang hendak dibeli dan juga kos tambahan lain seperti, kos guaman, kos penilai dan lain-lain.

Rumah dalam pasaran subsale menjadi pilihan pihak pelabur baru kerana risiko yang sangat rendah dan keuntungan daripada sewa mudah untuk dianggarkan kerana kawasan sudah matang dan mempunyai kepadatan penduduk yang tersendiri.





Pasaran Tertiari (lelong)


Rumah pasaran tertiari adalah rumah pasaran lelong. Rumah lelong adalah rumah yang dilelong oleh pihak bank.

Kelebihan membeli rumah pasaran tertiari adalah, anda dapat membeli rumah bawah harga pasaran semasa (below market value).Anda kemudian boleh menjual dan menyewakan hartanah milik anda mengikut harga pasaran semasa dan sekeliling. Anda mungkin memperolehi keuntungan yang sangat lumayan sekiranya anda berjaya membida rumah lelong bawah harga pasaran semasa.

Namun, sekiranya anda ingin mencari rumah dalam pasaran tertiari, saya nasihatkan anda mencari ilmu terlebih dahulu sebelum masuk membida rumah yang anda kehendaki. Hal ini kerana,terdapat banyak risiko yang anda perlu titikberatkan sebelum, semasa dan selepas berjaya membida rumah lelong. Antaranya adalah seperti wang deposit tunai hangus sekiranya permohonan loan ditolak dan tidak diluluskan.

Perkara-perkara seperti ini, anda boleh elakkan sekiranya anda mempunyai ilmu. Hal ini kerana, Rumah pada pasaran lelong adalah sangat menguntungkan dan sangat berbaloi untuk dimiliki, tetapi dengan cara dan ilmu!

Anda boleh lihat panduan Rahsia Rumah Lelong tulisan Ahmad Tarmizi Jusoh, seorang peguam dan pelabur hartanah yang berpengalaman 14 tahun dalam bidang hartanah lelong. Beliau menjelaskan apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses membida rumah lelong.

Oleh itu, anda dapat mengelakkan risiko dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil pembelian rumah lelong.

Cari ilmu tentang cara beli rumah lelong sebelum terjah ke pasaran yg berisiko ini tetapi menguntungkan.


.


Kongsikan Kepada rakan-rakan sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Sekiranya terdapat penambahan dan pembaikan, tinggalkan di ruang komen, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membalas komen anda.

Jangan lupa untuk subscribed.masukkan email anda di kotak hijau supaya anda dapat info-info hartanah terus ke inbox email anda.


3 Jenis Pasaran Hartanah.Anda di Pasaran Yang Mana?

picture : mirror.co


tags :  3 Jenis Pasaran Hartanah.












About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com