Saturday, 7 May 2016

9 SEBAB PERLU BUAT PELABURAN HARTANAH



Pelaburan hartanah adalah sangat mudah dan sangat menguntungkan. Akan tetapi ramai kawan-kawan kita yang tidak sedar akan perlunya buat pelaburan hartanah dan mula buat untung.ž 

Ada juga kawan-kawan kita yang umur dalam lingkungan 40 tahun masih tidak memiliki rumah. Hal ini sangat merugikan kerana jika kawan-kawan kita mula untuk beli rumah pada usia muda, sudah tentu pada lingkungan umur 40 tahun, kita sudah mempunyai keuntungan daripada rumah tersebut.

Bagaimanapun, masih belum terlambat, asalkan ada kemahuan sahaja dalam dalam diri anda sejauh mana anda mahu mula untuk membuat pelaburan hartanah dan dapat untung. Dan juga tambah unit-unit hartanah secara berperingkat. Nak beli unit rumah 3 buah rumah dalam masa setahun adalah tidak mustahil untuk dapatkannya. Tapi, dengan ilmu!

Artikel berkaitan : 5 perkara perlu tahu tentang rumah pertama

Sebelum itu, saya kongsikan pada anda kenapa anda perlu mula buat pelaburan hartanah dan mulakan perancangan anda untuk dapatkan hartanah.





pic source : real estate 4 investing






1. JANA PENDAPATAN SAMPINGAN



Antara pendapatan paling best dalam pelaburan hartanah adalah anda dapat pendapatan sampingan. Pendapatan ini adalah hasil daripada sewa unit rumah yang anda miliki. Pendapatan sampingan hasil daripada sewa adalah pendapatan pasif dimana unit rumah anda buat duit untuk anda. Anda duduk diam sahaja duit masuk.

Jika anda mempunyai unit rumah yang banyak, anda sudah boleh memikirkan untuk terus bekerja ataupun menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang pelaburan hartanah.



2 HARGA RUMAH SENTIASA MENINGKAT


Harga rumah dan tanah sentiasa meningkat terutamanya di kawasan lembah Klang di mana harga rumah boleh melebihi 10% kenaikan dalam masa setahun.

Hal ini kerana, rumah sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi oleh golongan-golongan muda dan juga dewasa. Mereka berebut-rebut mahu beli rumah ketika harga murah. Hal ini kerana jika di tangguhkan pembelian rumah pada masa akan datang. Harga rumah sudah tidak sama dengan harga rumah hari ini.



3. KALIS INFLASI


Rumah adalah salah satu pelaburan yang kalis inflasi di mana harga rumah tidak akan turun walaupun harga bahan mentah seperti simen pasir dan besi meningkat naik. Harga rumah tidak turun, malahan makin naik harganya. Ini kerana pemaju terpaksa menaikkan harga rumah. Jikalau ada harga rumah yang tidak naik , size rumah  yang ditawarkan pula adalah kecil.




4. SENTIASA MEMPUNYAI PERMINTAAN


Permintaan rumah sentiasa ada, kerana permintaan yang banyak ini juga menjadikan salah satu faktor kenapa harga rumah sentiasa naik. Apabila permintaan melebihi penawaran , harga akan naik, kuantiti rumah yang sedia ada pula tidak mencukupi. Kalau tengok rumah daripada pihak pemaju yang murah dan berkualiti, sekejap sahaja dah sold out. Oleh, itu, ramai pelabur hartanah berebut-rebut untuk membeli hartanah. Kerana perebutan ini lah, kita juga terpaksa berebut untuk beli rumah. 


Kenapa?

Kerana kalau kita tunggu harga rumah turun, harga rumah tak turun-turun, melainkan setiap orang di malaysia ni mempunyai 10 bijik rumah setiap orang. Masa tu baru boleh kata permintaan tiada dan harga rumah jatuh. Tapi sekarang ni tak tajuh-jatuh sebab permintaan yang sangat tinggi. Dan harga akan sentiasa naik. Beli masa murah, jual masa mahal. Baru ada untung.





5. BOLEH BUAT PEMBIAYAAN SEMULA


Kelebihan rumah yang dibeli adalah kita boleh membuat pembiayaan semula ataupun membuat "refinance". Pembiayaan semula ini dilakukan setelah harga rumah meningkat naik dan anda telah untung daripada kenaikan harga rumah.

Kebiasaanya, pelabur hartanah akan gunakan keuntungan daripada harga rumah dan membuat pembiayaan semula untuk membeli rumah yang seterusnya. Mereka gunakan keuntungan pembiayaan untuk membuat deposit beli rumah yang seterusnya.





6. SEBAGAI ASSET HARTA


Rumah sangat penting kerana rumah adalah asset yang tidak turun harga dan bukannya liabiliti yang sentiasa membebankan anda.

Saya ambil contoh, mana lagi penting beli KERETA BARU yang susut nilai ataupun RUMAH BURUK yang boleh buat duit poket bulanan?





7. PELABURAN YANG MUDAH


Pelaburan hartanah adalah suatu pelaburan yang sangat mudah kerana anda tidak perlu tahu tentang
ekonomi yang power-power. Cuma anda perlu tahu beli rumah di kawasan yang stratergik dan tahu bagaimana cara dan trick untuk beli rumah yang seterusnya dan juga memaksimakan keuntungan daripada rumah yang dibeli.

Mudah bukan?

Artikel berkaitan : 6 ciri-ciri rumah untuk pelaburan




8. OPERASI YANG MUDAH


Pelaburan hartanah, adalah suatu bisnes yang melalui operasi yang sangat mudah dimana jika anda buat sewa unit anda, anda hanya perlu kutip duit sekali sahaja dalam masa sebulan. Itupun boleh dibuat melalui online banking dan juga atm machine. Rumah yang disewakan perlulah diperlengkapkan dengan perjanjian sewa , deposit dan sebagainya. Operasi yang sangat mudah dalam pelaburan hartanah.




9. TIDAK PERLU SIJIL YANG TINGGI


Untuk pelaburan hartanah, anda tidak perlu sijil yang tinggi untuk buat untung. Hal ini kerana, keuntungan dan operasi yang sangat mudah untuk difahami. Apa yang anda perlu tahu adalah, lokasi yang stratergik, harga pasaran semasa rumah, kadar sewa dan anda aturkan stratergi untuk memaksimakan keuntungan hartanah.



*


Pelaburan hartanah sangat menguntungkan dan sangat mudah untuk mula buat untung. Bagaimana anda mahu mula?

Anda perlulah cari ilmu untuk memulakan suatu perniagaan ataupun pelaburan. Jika tidak mahu rugi, mula belajar dan tuntut ilmu supaya anda lebih yakin dalam bidang yang anda ceburi.

.

Hal ini kerana, ilmu yang anda pelajari adalah satu jalan pintas dimana anda tidak perlu untuk melalui liku-liku dan susah senang sebelum dapat untung. Carilah mentor!

Ramai coach-coach dan sifu-sifu hartanah yang mampu beri tunjuk ajar.



Ketahui rahsia bagaimana 16 pakar pelaburan hartanah ini berjaya membeli rumah dengan modal yang minima dan jimat berpuluh ribu ringgit!


Semuanya terbongkar dalam ebook






Anda boleh mula fikir untuk beli hartanah, kerana harga rumah hari ini tidak sama seperti tahun depan.


Kongsikan sekiranya artikel ini bermanfaat. Sekiranya anda ingin tahu perkongsian artikel daripada nowhartanah, tinggalkan alamat email di KOTAK HIJAU dan anda dapat ilmu , ebook dan tips-tips insipirasi KEJAYAAN anda PERCUMA melalui email.

Jika anda ada sebab lain dan perlu ditambah, nyatakan di ruang komen di bawah artikel ini.


























About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com