Sunday, 1 May 2016

6 KUNCI KEJAYAAN RICHARD BRANSON

Richard Branson adalah salah seorang tokoh usahawan yang berjaya di mata dunia di mana beliau adalah founder kepada Syarikat Virgin Group yang mana mempunyai rangkaian lebih 400 syarikat. Antara sektor perniagaan Virgin Group adalah seperti hiburan, pelancongan, penerbitan dan juga penerbangan.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan Richard Branson?

Di sini saya kongsikan kepada anda 6 kunci kejayaan Richard Branson di mana anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi kejayaan anda.


1. MENTOR DAN COACH

kunci kejayaan yang paling utama adalah cari mentor dan coach yang mampu membimbing anda ke tahap yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, tuntut lah ilmu sebanyak mana yang mungkin.

Di malaysia, terdapat ramai Coach dan Mentor yang bagus seperti Azizan Osman, Faisal Abdullah, Aqif Azizan, Irfan Khairi dan juga Gero Azrul.

Coach dan mentor mampu memendekkan jangka masa pembelajaran anda dengan memberi short cut untuk anda sampai ke destinasi kejayaan anda.

2. KESILAPAN DAN KEGAGALAN

Kesilapan dan kegagalan adalah liku-liku yang seharusnya ditempuhi oleh para usahawan. Setiap usahawan ada kisah kegagalan dan kejayaan yang ditempuhi oleh mereka. Para usahawan mengambil iktibar untuk tidak mengulangi kesilapan dan kegagalan dalam perniagaan mereka, sebaliknya datang dengan idea baru dan penyelesaian yang membawa kepada kejayaan perniagaan mereka.

oleh itu, sebagai usahawan, anda haruslah belajar dari kesilapan. Semua great-great successful people in the world, mereka mempunyai kisah dan kegagalan yang ditempuhi oleh mereka sebelum mereka hidup senang.

Artikel berkaitan : 6 sebab gagal dalam perniagaan internet , 7 sebab gagal buat keuntungan hartanah



3. MATLAMAT

Matlamat anda dalam perniagaan haruslah jelas kemana halatuju perniagaan anda. Tentukan matlamat, dan teruskan perjalanan tanpa toleh ke belakang.

Untuk perjalanan matlamat ini, anda haruslah jadikan ia lebih realistik dan mampu untuk anda capai dalam tempoh jangka pendek.

Sebagai contoh, matlamat anda untuk dapatkan sales RM500 ribu setahun, untuk tempoh setahun anda perlu dapatkan sales RM41 ribu sebulan. Dan untuk dapatkan sales 20 hari dalam sebulan anda perlu dapatkan sales RM2050 dalam sehari.

Contoh anda jual produk atau servis yang kos rm20 per kuantiti dan servis.  Jumlah yang anda perlu dapatkan sales untuk satu hari adalah sebanyak 100unit. Jadikan ia lebih realistik dan anda nampak halatuju untuk anda capai dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.



3. PEDULIKAN KATA ORANG

Dalam kehidupan kita tidak semua orang yang bersependapat dengan kita. Sebagai usahawan, pelbagai kritikan dan cacian yang akan dilalui. 

Jika ada orang yang mengkritik idea perniagaan anda. ianya bergantung pada anda untuk menentukan sama ada mereka BETUL ataupun anda buktikan pada mereka bahawa mereka SALAH.

Pedulikan kata-kata orang dan teruskan dengan matlamat anda. Buktikan pada mereka anda BETUL dan anda MAMPU lakukan.

Kenali diri anda, dan anda mampu lakukan.

Artikel berkaitan : 3 Jenis Pelabur Menurut Robert Kiyosaki

4. BUAT KAJIAN

Dalam perniagaan tak kira perniagaan apa sekalipun, anda haruslah membuat kajian dan membuat homework. Pada masa kini sumber-sumber untuk membuat kajian adalah sangat mudah di mana anda boleh dapat maklumat di hujung jari sahaja.

Kajian yang hendak dibuat termasuklah risiko yang bakal anda hadapi. Apakah plan B dan exit plan untuk perniagaan anda. Mampukah pernigaan dan pelaburan anda hadapi risiko yang bakal di hadapi.

Kajian perlu lah juga termasuk dengan permintaan di pasaran sekeliling.

Hal ini kerana, jika pernigaan dan servis tiada permintaan, susah untuk anda jual dan buat servis kerana orang tak minta untuk beli barang yang anda jual dan khidmat yang anda berikan.

Dengan erti kata lain anda jual produk yang orang tidak mahu beli. Masalah juga kan?

Buat Kajian!!

Artikel berkaitan : 5 rahsia orang kaya dalam perniagaan



6.BINA PASUKAN YANG KUAT

Bina pasukan yang kuat ini adalah bergantung pada anda, anda yang mengemudi pasukan anda. Seperti Richard Branson yang mempunyai lebih 400 rangkaian perniagaan dalam pelbagai sektor. Bagaimanakah beliau mengemudi pasukan beliau?

Apa yang anda perlu lakukan adalah tahu kekuatan diri dan kekuatan pasukan anda. Paling penting anda beri bimbingan dan dorongan kepada team member.

Sebagai contoh, Perniagaan anda adalah syarikat insurans, anda perlu lah melatih dan memberi ilmu kepada agen-agen insuran anda. Hal ini kerana, jika mereka berjaya syarikat anda berjaya, jika mereka kaya, anda kaya.

Bagaimanapun, sebelum mempunyai team dan pasukan sendiri anda haruslah tempuhi cabaran dengan sendiri dan belajar dari pengalaman anda. 

Jadilah seorang team leader yang bantu team buat kerja, dan jangan jadi boss yang hanya menyuruh team member buat kerja.

.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada anda 6 rahsia kunci kejayaan Sir Richard Branson yang mana anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi dan iktibar dalam menuju kejayaan anda.

Anda tentu mempunyai pengalaman dan cabaran yang dilalui. Anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruang komen untuk sama-sama kita manfaatkan.

Saya ada tulis artikel 9 cara buat duit secara part time dimana anda mampu untuk jana duit poket rm1000 secara sambilan. Bagaimanapun ia bergantung pada diri anda sejauh mana anda mahu. Paling penting usaha!


Kongsikan sekiranya 6 kunci kejayaan Sir Richard Branson ini bermanfaat kepada anda.

Masukkan email di kotak hijau supaya anda peroleh inspirasi dan ilmu-ilmu kejayaan melalui inbox email. 



6 kunci kejayaan richard branson



tags : 6 kunci kejayaan richard branson

About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com