Cara Buat Pelaburan Hartanah
Dunia pelaburan hartanah adalah bukan semudah yang di sangka. Anda boleh untung dengan senang sahaja jika ada ilmu. Jika tiada ilmu, juga mudah untuk anda gagal dan rugi dalam pelaburan hartanah yang anda laburkan.
Contohnya,
Jika anda mampu beli rumah, Tapi rumah tersebut tidak mampu menjana keuntungan dan pendapatan pasif tiap bulan dan juga anda tidak dapat beli rumah yang seterusnya.
Adakah rumah yang anda beli tersebut adalah pelaburan yang bagus?
lagi satu contoh,
Anda ada rumah. Anda beli rumah. dan anda tinggal di rumah tersebut. Walhal anda mampu untuk sewa di tempat lain dan memperoleh keuntungan dengan sewakan rumah yang anda diami tersebut.
Adakah rumah yang anda tinggal dan bayar hutang loan bulan-bulan tersebut adalah pelaburan hartanah yang bagus?
Hanya ilmu yang dapat membantu anda dan memaksimakan pelaburan hartanah anda.
Oleh itu, saya kongsikan 5 langkah yang wajib anda ketahui sebelum anda terjun ke bidang pelaburan hartanah yang mana anda boleh buat duit dengan senang sahaja.
1. BUAT PERANCANGAN
Tak kira dalam apa jua benda yang kita lakukan kita perlukan perancangan. Tanpa perancangan pelaburan kita akan mudah untuk rugi.
Sebelum membuat pelaburan hartanah, buat perancangan yang lebih detail, seperti target keuntungan jangka masa panjang atau pendek, apa yang hendak di buat setelah mendapat keuntungan, apa yang yang boleh di buat untuk mendapatkan keuntungan maksima daripada pembelian hartanah tersebut.
2. TENTUKAN BAJET YANG ANDA MAMPU
Pastikan rumah yang anda mahu beli kena dengan bajet anda dan rumah tersebut mempunyai cash flow yang bagus. Hal ini kerana, cash flow yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang seterusnya.
Terdapat pelbagai bank yang menawarkan perkhidmatan pinjaman perumahan. Anda boleh cuba apply semua. Ambil yang mana terbaik untuk anda.
Lihat senarai semak konfirm lulus loan rumah. Checklit ini membantu anda beli rumah. Permohonan anda Konfirm LULUS!
3. PILIH LOKASI RUMAH YANG SESUAI
Cari dan buat kajian di kawasan manakah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang cepat dan cash flow yang steady.
Kawasan yang kebiasaannya yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah seperti kawasan yang berdekatan dengan public transport seperti lrt, komuter dan mrt. Manakala dari segi pekerjaan pula, kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian seperti kilang di mana kawasan kilang menjadi tempat berteduh dan mencari rezeki dan mempunyai permintaan yang tinggi dari segi sewa dan sebagainya.
Artikel berkaitan : 6 ciri-ciri rumah untuk pelaburan
4. BINA NETWORKING
Networking adalah penting dalam apa jua bisness dan juga pelaburan. Hal ini supaya anda tidak ketinggalan dan tidak tercicir daripada berita-berita dan juga informasi tentang pelaburan hartanah.
Terdapat banyak group komuniti yang anda boleh join seperti di facebook terdapat banyak grup untuk berbincang tentang perihal pelaburan hartanah.
Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Apa yang penting adalah anda buat networking untuk anda dapat maklumat dan juga tips untuk anda belajar dari kawan-kawan yang lain.
5. CARI ILMU
Ilmu adalah penting untuk anda berjaya dalam kehidupan tak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi termasuklah bidang pelaburan hartanah.
Tanpa ilmu, anda mudah sahaja gagal dalam pelaburan hartanah. Zaman sekarang ni anda boleh dapatkan pelbagi sumber ilmu hanya dari internet sahaja.
Percaya tak, anda boleh beli rumah dengan modal yang sangat minima dan jimat berpuluh ribu ringgit?Takda duit pun boleh beli rumah.
Boleh ke?
Sebab tu lah anda perlu ada ilmu.
Lihat rahsia 16 pelabur hartanah berjaya beli rumah dengan modal minima dan jimat bepuluh ribu ringgit.
..
5 langkah ini jika dilalui proses mudah ini senang sahaja untuk anda untung dalam bidang hartanah.Hal ini kerana, jika ilmu penuh di dada ,stratergi penuh di kepala dan juga bajet yang penuh di poket, mudah sahaja untuk anda beli rumah, dan untung, dan beli dan untung lagi.
Anda boleh tuliskan apa sahaja pandangan dan persoalan di ruang komen di bawah artikel ini. Kongsikan sekiranya artikel ini bermanfaat untuk anda. Mudah sahaja tekan butang share.
Masukkan email di kotak hijau supaya anda dapat tips-tips dan ilmu terus ke email anda kerana saya ada banyak tajuk untuk di kongsikan kepada anda seperi rahsia rumah lelong, subsale dan sebagainya.
Stay tune. :)

tags : 5 langkah jual beli rumah hartanah

Nice one...ikot flow...permulaan yg bagus...
ReplyDelete