Sunday, 10 April 2016

6 SEBAB GAGAL PERNIAGAAN INTERNET



Dalam perniagaan tidak kira lah apa sebenarnya yang anda niagakan anda haruslah tahu kenapa anda gagal sekiranya anda mempunyai kegagalan dalam perniagaan anda dan apakah sebab yang menyebabkan perniagaan anda bergerak perlahan.

Apa yang perlu anda buat adalah mencari sebab gagal dan cari jalan penyelesaian supaya perniagaan anda lebih maju.

Saya ucapkan tahniah kepada anda kerana berada disini dan anda berusaha untuk memperbaiki perniagaan anda untuk mengenali apakah masalah yang anda hadapi dalam perniagaan internet dan juga perniagaan lain.

Untuk itu saya tuliskan artikel 6 sebab anda gagal dalam perniagaan.



1# TIDAK MENGENALI PROSPEK DAN JUGA PELANGGAN.

Antara sebab utama kenapa ramai kawan-kawan kita gagal dalam buat duit dengan internet adalah kerana mereka tidak kenal siapa pelanggan mereka, mereka tidak kenal siap bakal pembeli produk mereka.

Saya ambil contoh, saya menjual barang bayi dan saya mempromosikan barangan bayi kepada kawan-kawan di sekolah dan kawan di kolej.

Disitu adalah kesilapan saya dimana saya menjual barangan bayi kepada pelanggan yang tidak mempunyai anak dan tidak memerlukan barangan bayi .

Oleh itu, penting untuk anda tahu apa produk yang anda jual dan kenali siapa pembeli produk anda. Dalam contoh ini, prospek dan juga pelanggan saya adalah ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak yang sudah tentu akan membeli barangan bayi kerana ia adalah suatu keperluan bagi mereka.




2# SILAP MEMILIH PLATFORM UNTUK MARKETING




Dalam perniagaan internet, cara untuk marketing adalah sangat luas dan mengikut cara dan jenis perniagaan anda.

Dalam pemasaran internet, terdapat pelbagai medium pemasaran seperti, banner ads, social media, search engine marketing dan juga email marketing.


Dalam perniagaan internet, anda harus tahu siapa pengguna internet tersebut. Seperti di facebook dan instagram, mereka menggunakan facebook untuk bersosial dan bukan untuk membeli. Jadi jika anda iklan di facebook dan instagram anda haruslah lebih kepada jualan cara santai dan soft selling.

Jika anda mahu iklankan produk-produk anda yang banyak anda boleh iklankan di ecommerce seperti lelong.my, lazada Malaysia, 11street, ebay, aliexpress dan juga zalora. Ecommerce menyediakan trafik tinggi dimana pelawat ecommerce adalah pelawat yang sememangnya mahu membeli barang.



Dan jikalau anda hendak iklan kan produk perniagaan anda anda perlulah iklankan dalam niche yang betul. 

Contoh, anda mahu iklan kan produk ubat resdung, rahsia herba, dan ubat jerawat, anda perlulah memilih platform iklan yang berkaitan kesihatan seperti website , blog dan juga portal-portal yang berkaitan dengan kesihatan.



3# TAKUT MELABUR UNTUK KEMAJUAN PERNIAGAAN

Melabur dalam pernigaan yang saya maksudkan adalah sejauh mana anda sanggup laburkan kos untuk kemajuan pernigaan anda. Hal ini kerana, banyak mana yang anda laburkan, banyak tu lah yang anda dapat.

Antara pelaburan yang perlu dalam perniagaan internet adalah seperti kos pengiklanan dan bukan sekadar mengiklankan perniagaan di halaman percuma sahaja. Menggunakan domain untuk pernigaan internet. Membeli sistem perniagaan untuk memudahkan pengurusan. Memberi komisyen kepada agen.

Contoh domain.

www.jualbaju.webanda.com (percuma)

www.jualbaju.blogspot.com (percuma)

www.jualbaju.wordpress.com (percuma)


www.jualbaju.com (berbayar)


jika dilihat contoh pelaburan dalam domain, mana lagi best kalau anda nak type dekat google?

kalau saya www.jualbaju.com yang cantik pendek ringkas dan mudah ingat

Selain daripada itu, antara pelaburan dalam perniagaan juga adalah pelaburan dalam ilmu. Ada juga yang takot nak melabur dalam ilmu. Ilmu itu penting kerana ia menjadi batu loncatan kepada perniagaan dan anda menjadi lebih berpengetahuan dan lebih yakin dalam perniagaan.

Sebagai contoh anda nk iklan kan perniagaan dalam instagram?dah cuba macam-macam tapi tak Berjaya. 


Kenapa tak Berjaya?sebab tiada ilmu.

Cuba anda laburkan wang anda untuk ebook ilmu cara buat duit dengan instagram dimana anda tahu cara sebenar untuk menjual di instagram dengan 10000 follower. Pelaburan ini mungkin dapat menjimatkan masa anda dalam pernigaan dan tidak lah menjadikan ia proses try and error.

Beranikan diri untuk melabur dalam perniagaan anda. Dan jangan lupa ambil kira risiko yang anda harus tanggung. Hal ini kerana banyak mana anda labur, banyak tu lah yang anda dapat.

Contoh pelaburan dalam iklan.


Iklan percuma 
iklan sekali sahaja
5 barang
iklan barang di page belakang-belakang
trafik pelawat 500 sehari


Iklan rm50 
berkali-kali iklan
unlimited barang
iklan barang di page 1
trafik 10000 pelawat sehari

Mana yang anda mahu?percuma atau berbayar?



4# LAMAN WEB TIDAK CANTIK

Laman web yang tidak cantik juga menjadi kan pernigaan internet anda adalah salah satu kegagalan. Walaupun perniagaan anda hebat, website anda adalah hodoh, ia juga memberikan kesan kepada kredibiliti anda dan juga prospek first impression.

Zaman sekarang anda boleh bina platform perniagaan melalui pelbagai cara. Antara yang popular adalah wix.com, wordpress, blogger dan macam-macam lagi.

Anda juga boleh menjadikan social media sebagai medium untuk anda perkenalkan perniagaan anda seperti membina facebook page, instagram yang menjual dan sebagainya. Namun, anda perlulah pandai menjadikan social media site anda menarik dan cantik dan kena dengan perniagaan anda.



5# AYAT JUALAN YANG KURANG BERKESAN

Ini adalah perkara penting dalam perniagaan internet. Ramai peniaga yang terlepas pandang ayat jualan yang berkesan.

Hal ini adalah penting kerana ayat jualan mampu menarik jualan dengan berkesan dan menjual secara softselling.

Dalam ayat jualan, anda harus tahu kepada siapa anda tujukan perniagaan anda, siapa target market dan apa kelebihan produk.Perlu ada dalam ayat jualan adalah urgency yang mempercepatkan pembeli membuat proses pembayaran. 


Contoh :

“Promosi Tudung berharga rm50 saya limitkan kepada 100 pembeli terawal sahaja. Pembeli yang ke 101 harga ditawarkan adalah rm150.”

Anda juga haruslah menyelitkan testimoni pelanggan dalam ayat jualan sebagai bukti dan supaya lebih meyakinkan pembeli.

Paling penting dalam ayat jualan anda adalah anda meletakkan ayat “call to action” dalam ayat jualan anda. Call to action adalah sangat penting kerana, anda memberikan arahan kepada pembeli ataupun prospek anda.


Contoh:

“daftar hari ini dan dapatkan baju anda sekarang”
“hubungi saya untuk tempah seat”
“klik like dan share”
“berminat sila komen ‘saya mahu’”



Pelajarilah cara untuk membuat dan membina ayat jualan yang betul-betul menjual dan membuat sale secara softselling.



5# TIADA MOTIVASI ,KERJA SEKERAT JALAN


Tiada motivasi ini adalah kegagalan peribadi. Ramai peniaga yang tutup kedai setengah jalan. Ada juga cuba-cuba untuk berniaga.
 
Perkara paling penting dalam perniagaan adalah anda haruss tahu dan anda harus kenal diri anda. Sejauh mana ketahanan , minat dan kesungguhan dalam perniagaan. Sejauh mana risiko yang berani ditempuhi.


Hal ini kerana jika anda berniaga dan tidak tahu cara bagaimana nak berniaga, sales anda kurang dan ini juga menyebabkan anda tiada motivasi untuk teruskan perniagaan anda.

Ramai kawan-kawan kita gagal dalam pernigaan dan mereka dengan cepat ingin tukar perniagaan lain. Ada juga yang ikot orang, tengok orang tu niaga maju, kita tukar bisness jual benda sama dengan mereka.

Paling penting, kenali diri anda dan kenal pasti apakah yang menjadi batu penghalang kepada perniagaan anda. 

Seperti contoh anda bisness di instagram , sales anda tak sama macam pesaing dan hanya sedikit sahaja barang terjual. 


Kenapa sales kurang?

Sebab anda tidak tahu cara sebenar buat duit di instagram.

Sama seperti anda tidak tahu cara dapatkan barang murah dan cara untuk bersaing dengan pembekal seperti barang import dari china.

Anda boleh google dan belajar cara beli borong barang direct dari china tanpa ke china. anda dapat barang murah. Anda boleh lihat panduan rahsia taobao

Oleh itu anda dapat belajar cara untuk dapatkan barang terus dari china dengan modal yg pesaing anda guna.


Apa yang anda perlu buat jika anda down adalah anda kenal pasti apakah masalah, dan anda cuba selesaikan masalah perniagaan. Carilah ilmu supaya anda dapat mantapkan lagi motivasi perniagaan anda.



6# JENAMA YANG TIDAK FOKUS

Jenama yang tidak focus ini adalah jenama yang terlalu general dimana tiada pengkhususan dan penjelasan tentang kepakaran bisnes anda dalam sesuatu bidang.

Penting nya pengkhususan ini adalah kerana jika anda ada masalah kesihatan anda tidak akan search keyword “masalah kesihatan” sebaliknya anda type “gel lutut”, “ubat jerawat” dan sakit kepala”

Contoh nya jika anda jual produk kesihatan. Mana lagi baik anda guna nama “kedai kesihatan Ahmad” ataupun anda guna jenama yang lebih focus “ubat sembuh jeragat cepat” ,“doctor resdung” dan juga “pakar kencing manis”

Mestilah yang anda fokuskan brand anda lebih berkesan kerana ia lebih bersifat spesifik dan lebih bersifat mesra pengguna.

Jikalau anda sakit gigi katakan. Anda pergi klinik Am atau anda pergi ke klinik gigi?

Penting nya jenama pernigaaan yang lebih focus dalam perniagaan internet.

.


Begitulah 6 sebab gagal dalam perniagaan internet yang dapat saya kongsikan kepada anda supaya perniagaan anda lebih maju dan lebih berdaya saing dengan peniaga-peniaga lain.

Saya juga ada tulis artikel 7 Amalan pintu rezeki dan cara buat duit secara part time. Anda juga boleh baca supaya dimurahkan rezeki dan Berjaya dalam perniagaan anda.

Isikan email dalam kotak hijau dan perolehi tip,ilmu dan ebook percuma melalui email inspirasi untuk kejayaan anda di masa hadapan.


Kongsikan sekiranya bermanfaat.

Klik butang share.


sebab gagal dalam perniagaan




tags: sebab gagal dalam perniagaan cara jual beli dalam perniagaan

About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

Post a Comment

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com