Monday, 21 March 2016

13 CARA CARI DUIT LEBIH DARI RUMAH

Cari Duit Tambahan Dari Rumah


Anda ingin cari duit lebih? Diri sedang bekerja sekarang? Boleh buat duit secara part time jer. Anda buat duit dari rumah.


Nak buat duit ni, bukan senang sebenarnya, kena ada minat dan usaha. Tanpa usaha bagaimana duit boleh datang.


Paling penting ada ilmu, ada ilmu ada kemahiran ada pengalaman, Insyallah anda boleh buat duit poket ikot minat anda.


Kalau anda serius, mula sekarang, bukan mula 5 tahun akan datang.

Artikel ini ditulis semoga membantu sedikit sebanyak untuk anda mencari idea buat duit poket sendiri. Boleh cuba buat secara part time.


Semoga membantu anda cari duit lebih. 


Anda boleh cuba.





duit part time





1.Bisnes burger


Ramai kawan-kawan yang memulakan perniagaan mereka dengan membuat bisnes burger. Ada yang menjana pendapatan lebih dari gaji bekerja.



Untuk mula bisness burger, anda boleh buat dari rumah dan buat delivery. Anda juga boleh buka stall burger di lokasi-lokasi yang hot.

Iklan di wechat pun boleh. Iklan di tiang-tiang dan dinding-dinding apartment ke. Buat di rumah jer dulu. Tengok permintaan macam mana.



boleh lihat pendedahan Afiq Dato’ Rusly. 5 stratergi "Super-Powerful" yang wajib anda lakukan untuk jana 5 angka setiap bulan hanya buat duit dengan burger.


Buat kajian dulu dan test burger anda pada kawan-kawan, minta pandangan ikhlas sedap ke tak sedap. Pandangan haruslah jujur. Jika tak sedap mungkin anda perlu tukar sos ke, daging ke.

Jika hampir semua kata puas hati dan sedap, mahu beli lagi. Boleh teruskan jual burger.

Nak resepi patty burger power?boleh dapatkan di bisnes burger ni. Boleh jimat kos, anda buat sendiri patty ayam, daging dan kambing.




bisnes burger












2.Bisness Aiskrim


Anda boleh juga cari duit sampingan dengan buat bisnes aiskrim. Ini kerana bisnes aiskrim tidak perlu modal yang besar dan tidak memerlukan skill dan kepakaran yang tinggi.

Kalau tengok sekarang ni banyak permintaan bang aiskrim di majlis-majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Anda boleh buat bisnes aiskrim di rumah dan buat secara sampingan. Mungkin anda tidak tahu cara membuat aiskrim dan bagaimana menjana pendapatan dengan aiskrim. 

lihat panduan buat aiskrim dan cara menjual aiskrim hasil tulisan Afiq Dato’ Rusly dan anda akan didedahkan dengan cara jana rm5000 sebulan dengan bisnes aiskrim

nak tahu cara buat dan resipi aiskrim, sila lihat panduan bisnes aiskrim ini.





Anda boleh mula buat duit tambahan dengan aiskrim secara part time.


Sekarang ni pun dah banyak majlis-majlis dan kenduri yang memerlukan abang aiskrim untuk memeriahkan lagi majlis.
















3. Perkhidmatan Servis




Servis adalah perniagaan yang mudah dan simple. Untuk memulakan bisness servis anda tidak memerlukan rumah kedai ataupun modal yang besar. Apa yang anda perlu ada dalam servis adalah kemahiran anda. Ini kerana anda mengenakan caj diatas perkhidmatan kemahiran anda.

Antara contoh perniagaan servis yang anda boleh mula adalah seperti
  • gunting rambut
  • baiki kenderaan, 
  • jahit baju, 
  • pasang pelamin 
  • tukar tiub motor 
  • pasang aircond 
  • buat iklan perniagaan 
  • bina website 
  • tukang masak sambilan
  • tuisyen budak sekolah
  • cuci dan kemas rumah
  • Buat Sublet (sewa rumah kepada penyewa)
  • menjadi runner
  • juru mekap pengantin
  • surprise delivery (majlis harijadi, hari ibu, hari guru)
  • repair computer & Telefon
  • pasang cctv
  • pemandu uber & grabcar
  • wedding planner
  • personal shopper


Perniagaan servis ini anda tidak perlu modal besar pun sebenarnya, apa yang anda perlu adalah alatan untuk anda gunakan sahaja. Paling penting anda tahu ada permintaan dan ada pelanggan yang memerlukan servis dan anda gunakan KEMAHIRAN untuk memberikan perhidmatan kepada mereka.

Saya ambil contoh servis gunting rambut, apa yang anda perlu adalah gunting rambut , sikat dan juga pisau cukur. 

Apa yang anda perlu buat?iklan saja perkhidmatan anda. Dan anda buat servis dirumah anda ataupun di rumah pelanggan anda. Anda kenakan caj RM10, untung anda ambil semua. Tak perlu bayar sewa kedai, letrik dan sebagainya.

Iklan je servis anda di wechat. Free jer cari pelanggan sekeliling.
pic : ansi





4. Buat Servis 5usd Di Fiverr dan juga servis di Bantu.my




Jika anda mempunyai kemahiran menggunakan IT ataupun kemahiran yang berkaitan digital marketing, penulisan dan juga creative design. Anda boleh jual servis di kedua platform servis marketplace Bantu.my dan juga fiverr.

Fiver adalah platform servis international dalam bahasa inggeris. Manakala Bantu.my adalah platform servis tempatan sahaja.

Antara servis yang anda boleh berikan di kedua-dua platform ini adalah seperti :


  • Membuat data entry
  • Melukis Gambar Carricatur
  • Penulisan Kreatif
  • Menulis Laporan 
  • Kertas Kerja
  • Mencipta logo
  • Copywriting
  • buat website
  • Edit Gambar



Jika anda ingin buat duit dalam usd, anda boleh buat servis di fiverr. Lihat panduan Servis di Fiverr ini dan anda mampu buat duit dari rumah dengan usd. Boleh buat duit secara part time jer. Panduan buat servis di Fiverr.










5. Dagangan FOREX


Forex adalah tukaran matawang asing ataupun dalam bahasa inggeris adalah "Foreign Exchange".  Forex yang saya maksudkan ini adalah bukan lah MLM seperti yang ramai kawan-kawan saya salah faham tentang forex.


Forex yang saya maksudkan adalah anda trade forex, anda sendiri untungrugi pun anda sendiri tanggung.

Benda ni, anda perlu belajar dan ada ilmu.


Kelebihan Buat Duit Dengan Forex

Boleh dilakukan di mana-mana asalkan ada internet.Carta boleh dilihat dengan menggunakan handphone dan juga laptop.


Kekurangan Buat Duit Dengan Forex

Perlukan ilmulatihan dan mentor untuk belajar.Yuran kelas belajar forex yang agak mahal.Peratusan untuk rugi adalah tinggi jika tiada ilmu dan malas untuk buat analisa forex.

Ramai yang beranggapan forex itu mudah, namun ia tidak semudah yang disangka, anda perlu ilmu dan kegigihan belajar forex.



Ia perlu masa untuk anda mahir, bukan hari ni belajar forex, esok kaya.

Jika anda mahu teruskan untuk tambah duit poket dalam bidang berisiko ini. Anda boleh belajar dengan Tuan Khalid Hamid dalam Teknik Forex Sebenar yang mendedahkan bagaimana cara untuk trade forex cara professional.
















6.Dropship



Dropship adalah bisnes dimana anda tidak perlu modal untuk menjana pendapatan sampingan. Anda cari pembekal yang menyediakan perhidmatan dropship. Apa yang anda perlukan adalah iklan sahaja barang mereka, anda dapat pelanggan, mereka akan poskan terus kepada pelanggan yang anda cari dan anda dapat komisyen.

Anda tak perlu modal pun, dapat komisyen. Anda iklankan saja produk-produk tersebut di instagram dan juga facebook. Ramai kawan-kawan kita telah berjaya jana pendapatan ratusan ringgit hasil daripada dropship. Yang jana ribu-ribu pun ada.



Lihat cara menjual di instagram dan dapatkan 10 000 real follower dalam masa 5 minggu. Anda boleh iklankan produk-produk dropship di instagram dan facebook dan mula jana pendapatan secara part time.












7.Menjadi Penulis




Jika anda mempunyai hobi dan minat untuk jadi penulis, anda juga boleh buat duit poket sehinga 4 angka dengan menjadi penulis.


Anda boleh buat keuntungan dengan mengambil upah menjadi menulis blog, membuat ebook dan juga mengambil upah membuat kertas kerja.



Anda boleh lihat panduan buat duit dengan menjadi penulis hasil penulisan Aqif Azizan di mana anda mampu untuk menjana rm1000 sebulan dengan menulis.
















8.Bisnes Fotografi




Jika anda mempunyai minat dalam mengambil gambar, anda boleh mula menjana pendapatan tambahan dengan membuat bisness fotografi.



Hal ini kerana bisness fotografi mempunyai permintaan pasaran yang luas dan sangat menguntungkan. Anda bayangkan untuk satu majlis pertungangan anda peroleh keuntungan sehingga rm600-rm1000.



Anda juga mempunyai masa yang fleksibel dimana hanya tarikh-tarikh tertentu sahaja anda perlu bekerja dan mengambil gambar. Modal yang anda perlukan pula hanyalah camera.


Anda boleh lihat cara bisness fotografi style Lightworks Picture™ dimana mereka ada dedahkan bagaimana menjadi fotografer professional dan anda boleh mula jana rm1000-rm3000 sebagai permulaan. Mungkin anda mampu dapat lebih setelah menjadi fotografer professional.

Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia : -


Engagement – RM600 – RM1,000
Wedding (basic) – RM800 – 1,200
Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
Birthday party (basic) – RM600
Birthday party (standard) – RM1,200
Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
Product (per item) – RM100 – RM300
Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
Event (half-day) – RM400
Event (full-day) – RM800
Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
Staff profile (per staff) – RM50 – RM100

Lihat artikel penuh bisnes fotografi



Text









9. Bisnes Bakeri



Bisnes bakeri ni untuk suri rumah ataupun golongan isteri yang mempunyai kemahiran buat bakeri. Percaya atau tidak anda boleh jana RM200 ke RM1000 sebulan hanya buat bakeri di rumah je.

Perkara ini mungkin perlukan pengorbanan masa anda di rumah untuk membuat bakeri dan juga minat anda.

Namun antara kelebihan anda buat duit dengan bisnes bakeri ini adalah seperti, anda tidak perlu modal yang besar, anda buat bakeri berdasarkan tempahan dan anda boleh pilih nak ambik ke tak nak ambik tempahan dari customer sekiranya anda ada hal lain yang hendak dibuat.

Apa susah, anda buat bakeri, anda cuba-cuba show off sket kt facebook profile. Kawan-kawan mesti support. Nanti tengok la ada permintaan ke tak. Kot tak menang tangan.

Kalau anda nak 10 resipi produk bakeri terlaris. Anda boleh lihat panduan bisnes bakeri ini.




Text






10. Buat Sublet


Apakah sublet?sublet dalam bahasa mudah adalah sewa atas sewa. Bermaksud, anda sewa rumah, dan anda menyewakan rumah tersebut kepada penyewa dengan tambah nilai keadaan rumah tersebut.

Kaedah ini anda mampu buat duit poket secara sambilan je dan anda mampu dapat pasif income hasil daripada duit sublet ini. Kerana anda dapat income melalui sewa rumah tersebut.

Buat sublet nampak macam mudah, namun anda haruslah tahu beberapa perkara sebelum memulakan servis sublet ini seperti, perjanjian sewa dengan penyewa, keadaan perabot yang anda sediakan, penyewa yang berkualti datang menyewa, cara untuk dapatkan penyewa, jumlah deposit daripada penyewa dan sebagainya.

Sebelum mula buat sublet, anda perlu buat sedikit research, kawasan mana yang hot dan mudah dapat penyewa. Lepas tu anda boleh test market ada ke tak orang nak menyewa kat situ. Kemudian cari pemilik rumah yang ada di kawasan itu, baru lah anda boleh approach owner rumah tu untuk anda sewakan kepada penyewa.

Untuk deal dengan owner rumah, anda haruslah tahu cara buat rundingan agar servis yang anda tawarkan juga memberikan kebaikan dan manfaat kepada pemilik rumah tersebut. 

Sebagai contoh, Encik Ali mempunyai 3 buah rumah, anda mungkin boleh gunakan elemen masa untuk Encik Ali menguruskan rumah dan memungut sewa rumah berkenaan. Anda jadi pakar servis sewa rumah dan anda mudahkan urusan Encik Ali. Encik Ali happy, Encik Ali bagi rumah nya untuk anda sewakan kepada orang lain dengan tambah nilai keadaan rumah tersebut.

Antara kelebihan buat duit dengan sublet ini, anda tidak perlu beli rumah, rumah sewa sentiasa ada permintaan, peluang untuk anda jana pasif income dan juga modal permulaan yang rendah seperi barang perabot second hand dan juga kos iklan.

Anda lihat kawan saya Fairuz Razak, jana RM4874.70 sebulan dengan hanya buat sublet. 












11. Agen Hartanah


Anda juga boleh buat duit secara part time dengan menjadi agen hartanah. Untuk anda senang faham kerja agen hartanah ni, anda cari pembeli untuk rumah yang hendak di jual.

Dalam erti kata lain, anda adalah orang tengah untuk berunding antara owner rumah dan juga pembeli rumah.

Untuk menjadi agen hartanah, anda perlu lah berdaftar dengan pihak agency hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah Malaysia. Anda perlu hadir kursus, biasanya selama 2 hari dengan yuran dalam lebih kurang RM600 bergantung pada egency yang buat kursus tersebut. Anda akan diberikan sekeping sijil dan anda boleh mohon untuk kerja dengan agensi hartanah yang berdaftar yang berdekatan dengan anda. Setelah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan agency hartanah tersebut, anda akan diberikan (real estate negotiator) REN tag dan anda sudah boleh mula buat kerja agen hartanah.

REN tag ni penting kerana, jika anda tiada REN tag, anda jadi broker haram. Bahaya, anda boleh disaman dan didenda.

Untuk hadir ke Negotiator Certification Course, anda boleh google jer, ada banyak dibuat oleh agency-agency hartanah yang berdafat seperti, IM Global Property, Hartamas, IMEA , Nilai Property dan banyak lagi. 

Antara kelebihan jadi agen hartanah adalah, anda dapat peluang untuk tahu cara buat pelaburan hartanah, lokasi hartanah yang hot, cari rumah di bawah market value, komisyen yang tinggi, dan masa yang flexible.

Bagi anda yang masih baru dalam bidang ni, anda jangan risau kerana setiap agency ada bagi training tentang proses jual beli rumah, undang-undang dan juga cara untuk anda negotiate dengan klien-klien anda nanti.











12.Saham Amanah


Jadi Agen Unit Trust

Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi Agen saham amanah. Untuk menjadi agen anda memerlukan kemahiran untuk membuat sales dan anda peroleh komisyen daripada sales. Anda sebagai agen unit amanah perlulah memberikan konsultansi kepada client berkenaan saham amanah yang anda rekemenkan.

Untuk menjadi Agen Unit Trust, anda perlulah berdaftar dengan agency dan anda perlukan lesen untuk memberikan khidmat konsultansi unit trust.



pic : ldb







Pelaburan Unit Amanah (bukan agen)

Jika anda tidak mahu jadi agen, anda juga boleh buat keuntungan saham amanah tanpa bergantung kepada agen unit amanah. 

Anda boleh dapatkan panduan Memaksimakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah Sehingga 3 kali Ganda hasil penulisan Khairul Arifin Selamat. Anda pilih dana saham yang terbaik yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Cara ini adalah anda dapat buat pelaburan unit trust yang mana anda anda tahu untung dan rugi tanpa bergantung pada agen.

Anda akan tahu fund mana yang terbaik dan masa yang tepat untuk melabur dalam saham amanah.



Antara unit trust yang ada di malaysia adalah seperti:

  • ASB 
  • Public Mutual 
  • CIMB Principle 
  • MAAKL Mutual 
  • RHB Asset Management 
  • Manulife Asset Management 

pic: valueresearchonline












13.Agen Insurans


Anda juga boleh jadi agen insuran untuk tambah pendapatan. Namun anda perlukan kemahiran close sales untuk menjadi agen insurans. Kesedaran orang ramai yang perlukan insuran sudah mula bertambah, insuran sangat penting pada masa kini. 



Jikalau ada keperluan, dan anda ada kemahiran buat sales,anda boleh mula berikan khidmat anda sebagai agen insuran untuk kesejahteraan pelanggan.


Modal untuk anda  cari duit poket part time sebagai agen insurans adalah rendah sahaja Dimana anda perlu dapatkan lesen sebelom jadi agen insurans. Selepas itu modal anda kertas dan air liur sahaja. 

Anda juga akan diajar oleh agency yang anda join tentang cara dan bagaimana anda boleh close deal dengan client anda.

Anda mungkin dapat jana pasif income dengan insurans. Itu semua bergantung pada anda sejauh mana anda usaha dan mampu buat sales memberikan konsultansi kepada pelanggan.


Kalau jadi agen insuran kena dengan jiwa anda, anda mungkin jana pasif income sehingga 4 5 angka sebulan, senyum jer.

Untuk mula jadi agen insurans, anda mungkin boleh bertanyakan pada agen insurans yang approach tentang cara untuk jadi agen insurans.

Kerana anda perlu berdaftar melalui agensi yang dilantik oleh pihak insurans.

Antara insurans yang popular di malaysia adalah.
  • Takaful Malaysia 
  • Etiqa 
  • Prudential 
  • AIA 
  • Allianz 

















Cara dapatkan Pelanggan untuk Bisnes/Servis Anda



Iklan  di facebook profile dan instagram je. Kawan-kawan yang ada boleh support dan juga boleh jadi pelanggan anda. Boleh juga guna wechat. Lagi senang, orang sekeliling ja.

Iklan penting kerana, jika kita tak iklan servis kita, bagaimana orang boleh tahu perkhidmatan yang ditawarkan.

Jika anda nak yang advance and lihat cara khairi ariff likemethod buat iklan fb ads. Boleh cecah 5 angka kalau kena dengan cara.



Namun, untuk kawan-kawan yang baru nak mula, saya sarankan iklan di facebook , instagram dan wechat profile saja.

Nanti dah ada pelanggan baru la, anda boleh tahu ada permintaan ke tak perhidmatan yang anda tawarkan tu.


pic : bluepage




Cara buat iklan dapatkan pelanggan di facebook


antara perkara yang perlu ada dalam ayat iklan anda adalah

1. Headline(tajuk)
2. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda
3. Apakah perkhidmatan yang anda tawarkan
4. Apakah keunikan dan kelebihan perkhidmatan anda berbanding orang lain.
5. Apa kata pelanggan sedia ada (testimoni)
6. Contact(call to action)


Bagi harga jika mahu letak, boleh letak harga, jika tak mahu letak harga, boleh minta customer "PM" nanti bincang di "PM". Ianya bergantung pada servis anda. Cuba-cuba dulu ya.

Untuk lihat contoh dan ayat iklan. Boleh klik dan download ebook ni. Percuma jer.



Anda juga boleh lihat video copywriting asas oleh pihak KB Beyond Creative ini. Video ini memberi pendedahan serba sedikit yang mungkin membantu anda dapatkan client untuk servis anda nanti.

Video ini menggunakan teknik AIDA.

A- Attention
I- Interest
D- Desire
A- Action

Klik button play video di bawah.









***************



Itu adalah sedikit perkongsian tentang bagaimana anda boleh buat duit lebih secara part time.

Paling penting adalah usaha anda sendiri, anda yang tentukan bagaimana dan banyak mana anda peroleh duit secara part time.


artikel berkaitan : 21 Panduan Dan Cara Bisnes Part Time

semoga berjaya.



kongsikan sekiranya bermanfaat.





buat duit secara part time


tags : 9 cara buat duit secara part time 














About the Author

Fared Tuco

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com