Friday, 11 March 2016

7 SEBAB GAGAL MEMBUAT KEUNTUNGAN HARTANAH

Ramai kawan-kawan kita yang berjaya dalam bidang hartanah. ada di kalangan mereka yang berjaya mengumpul sehingga 3 buah banglo dalam masa setahun. Ada di kalangan mereka yang menyewakan rumah 10 buah rumah dalam masa setahun.

Namun, ada juga di kalangan kawan-kawan kita yang menceburi dalam bidang hartanah, namun mereka gagal, malah kerugian.

Dalam artikel ini saya ingin kongsikan kepada anda 7 sebab kenapa ada dikalangan kawan-kawan kita yang gagal dalam bidang pelaburan hartanah.



Tidak mempunyai Matlamat yang Jelas dalam pelaburan hartanah

dengan erti kata lain, orang beli rumah, kita beli rumah, orang jual rumah, kita jual rumah. Sebaliknya kita sendiri tidak jelas tentang halatuju kenapa beli rumah tersebut.


Tiada Pengalaman dalam proses membeli dan menjual hartanah

untuk proses pembelian dan penjualan hartanah, ianya memerlukan proses yang sedikit rumit sekiranya anda tidak pernah melakukan sebarang aktiviti pembelian dan penjualan rumah dan hartanah. Ini kerana, anda seharusnya berurusan dengan beberapa pihak seperti pihak bank dan juga pihak guaman.


Tiada Pengetahuan tentang pasaran dan lokasi hartanah

Pasaran dan lokasi untuk membeli rumah adalah sangat penting, hal ini kerana ianya menentukan sejauh manakah hartanah dan rumah anda mampu untuk mengaut keuntungan dari segi market value dan juga sewa.



Tiada Keyakinan dalam pembelian hartanah.

Ada kawan-kawan kita yang membeli hartanah, tetapi tidak yakin dengan nilai rumah dan hartanah yang dibeli. Hal ini sangat penting kerana tidak yakin itu adalah kerana tidak cukup maklumat ataupun tidak cukup sebab kenapa beli hartanah itu. Untuk meyakinkan diri, adalah perlu untuk membuat kajian pasaran dan juga nilai hartanah di kawasan yang hendak dibeli. Apabila cukup dengan maklumat dan segala-gala sebab kenapa perlu beli, baru lah anda mampu beli rumah dengan yakin.


Pernah Mengalami Kerugian Hartanah

Ini adalah salah satu faktor kenapa ramai kawan-kawan gagal membuat keuntungan dalam pelaburan hartanah. Dalam pelaburan, anda perlu tahu kenapa anda rugi?dan jikalau anda rugi kerana salah pilih lokasi, kerana apakah yang membuatkan rumah tersebut kerugian. Ketahui sebab kenapa rugi dan jangan ulangi kesilapan-kesilapan tersebut.


Tidak Tahu Bagaimana Otai-Otai Buat Duit 

Dalam pelaburan hartanah,ada teknik-teknik yang mampu untuk memberikan keuntungan kepada pelabur. Ramai kawan-kawan yang gagal kerana mereka masih try and error dalam bidang pelaburan hartanah dan tidak mahu untuk mengikut jejak orang-orang yang dah berjaya. 

.

antara 7 sebab penting yang dapat saya simpulkan kenapa ramai kawan-kawan gagal dalam bidang pelaburan adalah kerana tiadanya ilmu.

kawan-kawan kita sanggup melabur dalam rumah, sanggup melabur dalam saham, sanggup melabur dalam emas dan sebagainya.

namun, adakah anda sanggup melabur dalam ilmu??

Orang-orang yang berjaya sentiasa mengejar ilmu.

Saya sendiri pun selalu mengikuti majlis-majlis limu dan seminar berkaitan hartanah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang hartanah.

antara seminar yang saya pernah sertai adalah "Seminar Jutawan Hartanah" yang mendedahkan kenapa kita kerugian dalam hartanah dan memaksimakan keuntungan hartanah.

Tujuan saya tulis artikel ini adalah untuk menyedarkan anda bahawa kegagalan utama adalah kerana kurangnya ilmu.

carilah ilmu untuk kejayaan anda.

Semoga bermanfaat dan kongsikan pada rakan-rakan.


7 sebab gagal dalam pelaburan hartanah



tags : 7 sebab gagal membeli menjual rumah hartanah


About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com