Apa maksud rezeki yang berkat?
"Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama, meminum air laut, semakin diminum semakin haus"
1.BERTAQWA
Allah berfirman: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Qs. Ath-Thalaq: 2-3).
2. BERISTIGHFAR
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memperbanyak istighfar (memohon ampun pada Allah), niscaya Allah menggantikan setiap kesempitan menjadi jalan keluar, setiap kesedihan menjadi kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” ( Abu Daud)
3. BERSYUKUR
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat keras. “(Ibrahim: 7). “… Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
4. BERSEDEKAH
Rasulullah saw bersabda dalam hadis Qudsi, “Wahai anak Adam, bersedekahlah, niscaya Aku memberi rezeki kepadamu.” (Abu Daud).
ebook "Rahsia Sedekah" membicarakan tentang kelebihan bersedekah serta bagaimana orang yang suka bersedekah, boleh menjadi kaya dan melimpah-ruah rezekinya
5 BERSILATURAHMI
bersabda, “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaknya ia menyambung (tali) silaturahim.” (HR. Bukhari).
6 MELAKUKAN SOLAT DHUHA
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” [HR Muslim 1181]
7. MEMUDAHKAN KESULITAN ORANG LAIN
Rasulullah SAW bersabda: “Allah ta’ala menolong seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Beliau juga bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang membutuhkan maka Allah ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim).
.
Demikianlah 7 amalan yang membuka pintu rezeki. Beramal semoga rezeki yang melimpah ruah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Semmoga dapat beramal soleh dan beribadat untuk kehidupan di akhirat dan bukannya untuk kehidupan di dunia semata-mata.
Ketahui doa murah rezeki melimpah ruah dan cepat kaya dalam
Anda akan didedahkan dengan cara untuk memperolehi rezeki melimpah ruah dengan petua, amalan, ayat-ayat dan surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh diamalkan supaya murah rezeki.
Sekiranya anda ingin mendapatkan ebook bebas hutang. anda boleh klik disini Dimana anda akan mengetahui sebab apa yang menyebabkan anda berhutang dan cara utama untuk atasi hutang.
Semoga bermanfaat dan dimurahkan rezeki.
tags : 7 pintu rezeki