Friday, 18 March 2016

7 IKLAN INTERNET HANGAT DAN PERCUMA DI MALAYSIA

Sebut pasal iklan, tentulah anda cari prospek, pembeli dan juga pelanggan kepada perniagaan anda. Tanpa pelanggan, bisnes anda tidak menjadi.


Dimanakah tempat anda iklankan produk-produk perniagaan anda? Dimanakah anda mencari prospek-prospek dan juga pembeli produk anda?



Jikalau saya, saya cuba untuk iklankan produk-produk perniagaan di internet.



Hal ini kerana ianya lebih mudah dan lebih global.hampir semua rakyat malaysia menggunakan internet. Sama ada menggunakan handphone mahupun laptop.



Paling penting dalam pengiklanan dan juga perniagaan adalah tempat prospek yang ramai ataupun lubuk-lubuk pelanggan anda. Dalam bahasa internet adalah trafik website ataupun pelawat website.



Trafik ini adalah penting dalam perniagaan dan juga iklan. Cuba anda bayangkan jika anda iklankan produk anda di kawasan hutan dimana hanya 2 3 orang lalu untuk setiap sejam di kawasan tersebut. Berkesankah iklan anda?



Cuba pula anda iklankan produk anda di kawasan pekan atau bandar dimana orang lalu lalang sampai tak terkira ramai yang lalu. Mana yang lebih berkesan?



Oleh itu saya sarankan anda untuk mengiklankan produk atau servis anda di tempat orang lalu lalang dan bukan iklan produk di dalam hutan.



Dalam artikel ini saya kongsikan iklan internet hangat di malaysia. Paling penting trafik yang sangat tinggi.




Facebook

Umum tahu bahawa iklan di facebook adalah salah satu medium ataupun lubuk duit untuk mencari prospek dan juga pelanggan. Terdapat banyak sosial media yang boleh menjana keuntungan. Tetapi untuk market di malaysia, facebook adalah salah satu platform hangat dan ramai yang buat duit dengan facebook.


Anda boleh iklankan produk dan servis anda di facebook profile ataupun facebook page dan juga facebook groups.Untuk iklan di facebook profile dan facebook group. Anda perlulah slalu berkongsi apa-apa update tentang bisnes anda. Contoh, testimoni pelanggan, cara guna dan juga kelebihan product.



Untuk yang lebih berkesan boleh juga menggunakan iklan facebook yang berbayar iaitu fbads di mana anda boleh melakukan targeted marketing melalui interest pengguna facebook. seperti anda menjual Produk kurus ABC.anda menggunakan iklan like page "Berat Sudah Turun" ataupun like page "Badan Sudah Kurus". Pengguna facebook yang like page anda akan dapat melihat status update product dan tips-tips menjadi kurus disamping anda dapat menjual produk kurus.



Ini akan menjadikan pengiklanan anda sangat berkesan kerana anda mengiklankan produk anda dengan targeted marketing dimana hanya pengguna facebook yang like page anda sahaja yang akan dipaparkan dengan iklan yang anda keluarkan. Dan yang paling penting mereka sememangnya minat untuk kurus. Bermaksud anda iklan kepada prospek yang betul-betul nak jadi kurus.






Instagram


Hampir semua peniaga menggunakan facebook untuk iklan, namun instagram juga mempunyai cara dan gaya yang tersendiri untuk menjana keuntungan. Hal ini kerana, pengguna instagram, rata-rata adalah golongan remaja, dan produk yang anda iklankan semestinya berkaitan dengan produk-produk yang digilai golongan remaja.



Antara produk-produk hangat yang diiklankan melalui instagram adalah produk-produk fesyen seperti tudung, baju, handbag, kasut dan sebagainya yang boleh menjadi trend fesyen semasa. Ada juga peniaga-peniaga yang membuat khidmat servis melalui instagram,pelbagai produk boleh dijual melalui platform instagram.



Iklan di instagram juga sangat berkesan kerana terdapat 400 juta pengguna aktif di Instagram



57% dari pengguna ini akan login setiap hari di Instagram.Secara purata, kadar engagement bagi setiap post di Instagram, adalah 57 kali lebih tinggi dari pengguna Facebook dan 120 kali lebih tinggi dari Twitter.



Iklan di instagram memerlukan CAPTION dan HASHTAG yang menjual. Memerlukan targeted follower dan juga follower yang aktif. Anda juga boleh mengiklankan perniagaan anda di instagram secara percuma dan secara berbayar. 


Lihat panduan cara buat duit dengan instagram untuk mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu.








Mudah.my


Ramai juga peniaga-peniaga yang dapat membuat keuntungan dengan perniagaan mereka melalui Mudah.my. Mudah.my adalah satu portal iklan yang sangat sistematik yang menghubungkan penjual dan pembeli dimana penjual yang hendak menjual barang dapat mengiklankan barang dan servis mereka. Manakala pembeli pula dapat mencari barang-barang dan servis yang mereka perlukan dengan mudah.


Iklan-iklan yang terdapat dalam mudah.my dikelaskan mengikut kategori masing-masing. Kategori ini adalah seperti, Kenderaan, Hobi, Pekerjaan dan Servis, Gadjet Elektronik dan juga iklan hartanah. Iklan-iklan ini juga dikelaskan mengikut kategori negeri dimana lebih mudah untuk pihak penjual dan pembeli ingin melakukan urusniaga seperti COD(cash on delivery) dan juga melihat produk yang hendak dibeli.


Mudah.my juga menyediakan perkhidmatan banner advertising dimana anda boleh mengiklankan produk dan bisnes anda di laman web mudah.my. Ini juga menguntungkan pada anda kerana mudah.my adalah salah satu portal yang mempunyai trafik yang tinggi. Sebanyak 439 juta pelawat sebulan dan juga 5.2 juta pelawat unik sebulan. Manakala tempoh lawatan pelawat adalah dalam purata 20 minit setiap pelawat. Paling penting adalah trafik tinggi.



iklan internet





Lelong.my

lelong.my adalah sebuah portal ecommerce yang menyediakan webstore untuk anda iklankan produk-produk perniagaan anda. Laman web lelong.my mempunyai trafik bulanan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 8 juta pelawat sebulan.


lelong.my menggunakan konsep webstore dimana produk-produk anda boleh diiklankan di webstore jenama anda sendiri. Jika anda mempunyai bisness yang menjual banyak produk. webstore lelong ini sesuai untuk anda kerana anda boleh iklankan pelbagai produk perniagaan anda seperti pakaian,gadjet-gadjet dan handphone, barang-barang rumah dan juga barang-barang kanak-kanak. Produk-produk yang anda iklankan di webstore juga akan dipaparkan di lelong marketplace.





iklan internet malaysia



kelebihan lain selain trafik yang tinggi adalah seach engine optimization (SEO) dimana produk yang anda iklankan dapat dicapai oleh carian google, sistem payment yang menggunakan netpay dan paypal juga selamat daripada scam internet. Lelong juga menyediakan platform mobile dimana anda boleh melihat transaksi dan juga order yang telah dibuat oleh pelanggan dengan menggunakan handphone.


iklan internet malaysia





LAZADA

Lazada Malaysia adalah laman web ecommerce di Malaysia, Indonesia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam. Seperti laman web lelong.my, lazada menyediakan platform, untuk menjual dan membeli. Penjual mempunyai produk dan pembeli ingin membeli produk.


Penjual yang ingin menjual di lazada adalah percuma, listing barang yang hendak dijual hendaklah melebihi 5 item. Setiap barang yang berjaya dijual oleh penjual akan ditolak komisyen oleh lazada. Dengan kata lain, lazada menyediakan platform pengiklanan percuma, dan mengenakan caj dari segi komisyen barang yang dijual. Brapa caj komisyen yang akan ditolak adalah mengikut kategori produk yang dijual.



Lazada juga mempunyai sistem payment seperti lelong.my di mana pembeli yang ingin membeli menggunakan kad kredit boleh menggunakannya dengan selamat.



Lazada mempunyai 11juta pelawat sebulan, 12 juta facebook follower dan 2.6 juta mobile app yang di download. Ini menunjukkan lazada juga adalah laman web yang mempunyai trafik yang tinggi dimana potensi untuk pembeli melihat produk perniagaan anda adalah sangat tinggi. 




iklan internet malaysia



11street

11street adalah sebuah ecommerce seperti lazada dan juga lelong.my. 11street dikendalikan oleh Celcom Planet sdn. bhd. dibawah kerjasama Celcom Axiata Bhd. and SK Planet Ltd. SK Planet Ltd adalah sebuah ecommerce yang terbesar di Korea


seperti lazada dan juga lelong.my 11street juga menyediakan platform untuk penjual iklankan produk-produk mereka dan mempunyai sistem pembayaran yang selamat seperti lazada dan juga lelong.my.



Seperti lazada, iklan produk di 11street adalah percuma, dan pihak 11street akan mengenakan caj setelah produk-produk berjaya dijual. Anda juga boleh mengiklankan used item ataupun produk terpakai di 11street.



Untuk kawan-kawan yang baru mula untuk berniaga dan tiada kepakaran dalam it, pihak 11street menyediakan platform training percuma di seller zone dimana anda akan didedahkan dengan cara iklan produk, iklan produk secara banyak-banyak (bulk item) dan juga pengurusan jualan seperti sales dan juga inventori menggunakan platform 11street.


iklan internet malaysia



wechat


wechat adalah mobile apps yang digunakan untuk text dan juga voice messages. Dibangunkan oleh Tencent di China. Wechat boleh di download dan di install di platform Android, iPhone, BlackBerry, Windows Phone dan Symbian. Wechat mempunyai 650juta aktif user di seluruh dunia termasuk pengguna wechat di malaysia.



Wechat mempunyai features ataupun fungsi text messaging, voice messaging, moment, photo sharing dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan kesempatan yang ada pada wechat untuk menjual. Hal ini kerana dalam aplikasi wechat, anda dapat cari pelanggan dan prospek-prospek anda yang berada dalam lingkungan 5 km radius daripada kawasan anda.


Untuk menjual dengan aplikasi wechat ini, kesempatan yang anda boleh gunakan adalah menjual kepada pelanggan ataupun menyediakan servis dalam jarak yang anda mampu untuk membuat urusniaga.


Antara perniagaan yang anda boleh ambil kesempatan untuk jual servis adalah seperti servis gunting rambut, servis baiki kenderaan, servis tukar tiub motor, servis aircond, servis menjahit, dan juga servis photografi.



Manakala, anda juga boleh jual produk makanan seperti, kek, burger, aiskrim dan juga masakan panas dimana anda memerlukan pelanggan di jarak dekat dan delivery dan sebagainya.



Anda boleh lihat panduan bisnes burger dan juga bisnes aiskrim untuk rujukan anda dan mula buat duit melalui wechat. Paling best, anda buat bisnes di rumah pakai modal kecil sahaja.





Itu adalah antara 7 iklan hangat untuk anda iklankan produk-produk perniagaan anda. 

Paling penting adalah anda iklankan produk perniagaan anda di tempat yang jumlah trafiknya adalah tinggi dengan erti kata lain adalah anda iklan perniagaan anda di kawasan bandar dan bukan iklan produk di dalam hutan.

semoga perkongsian iklan internet ini membantu anda menambahkan jualan perniagaan anda.

Lihat artikel 9 cara buat duit part time sekiranya anda ingin jana pendapatan lain.


Kongsikan kepada kawan-kawan di internet sekiranya 7 iklan internet hangat ini bermanfaat kepada anda.





iklan internet di malaysia




tags : 7 iklan internet hangat dan percuma di malaysia








About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com