Friday, 11 March 2016

4 SEBAB KENAPA PERLU BELI RUMAH

Ramai kawan tahu bahawa rumah adalah sangat penting untuk dimiliki. Namun, ada dikalangan kita yang menangguh-nangguhkan masa untuk memiliki rumah.

Hal ini sangat merugikan mereka kerana harga rumah sentiasa meningkat sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.

Dalam artikel ini saya kongsikan 4 sebab utama kenapa kawan-kawan harus memiliki rumah.


1. RUMAH SEBAGAI TEMPAT TINGGAL

Umum manusia tahu bahawa rumah adalah tempat tinggal. Oleh itu, tempat tinggal adalah sebab utama kenapa manusia wajib memiliki rumah. Hal ini kerana, ia menjadi tempat untuk manusia berteduh dan juga berehat. Tanpa rumah, di mana mereka mahu tinggal?

Keadaan rumah dan jenis rumah adalah bergantung kepada pendapatan dan kehidupan kita. Kalau kita mampu memliki rumah yang harga mahal, maka mahal la rumah tu. Jikalau kita hanya mampu tinggal di rumah yang biasa-biasa, maka biasa-biasalah rumah itu. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri. 

Paling penting, anda memiliki rumah. Dan rumah itu adalah sebagai tempat anda berteduh seisi keluarga.


2.SUMBER PENDAPATAN (PELABURAN)

Selain menjadi tempat tinggal, rumah juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan. Antaranya adalah, ada antara kawan-kawan kita yang membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Pelaburan ini adalah keuntungan dari segi kenaikan nilai semasa harga rumah. Contoh nya, saya telah membeli sebuah rumah pada tahun 2004 dengan harga RM50 000, pada masa kini , nilai semasa rumah saya telah pn menjadi RM200 000. Pada masa yang sama saya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM150 000 daripada kenaikan harga semasa rumah. 

Selain daripada itu, rumah juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan, Sumber pendapatan ini boleh diperolehi melalui sewa. Contohnya, rumah yang saya miliki, saya sewakan kepada siapa-siapa yang memerlukan. Jadi , saya memperoleh keuntungan daripada harga sewa rumah setiap bulan secara pasif.

lihat artikel : 6 ciri-ciri rumah untuk pelaburan

3.SEBAGAI ASSET

Rumah juga penting untuk dijadikan sebagai asset. Asset ini akan menjadi pelindung ataupun backup sewaktu kita dilanda krisis seperti krisis ekonomi di mana ramai kawan-kawan yang telah diberhentikan kerja. Dengan adanya rumah, kita mampu untuk berteduh di rumah sementara mendapatkan sumber pendapatan yang lain. 

Selain itu, rumah yang dimiliki juga boleh di jual sekiranya nilai semasa rumah yang dimiliki telah meningkat dari segi market value. Ini adalah penting sekiranya, pemilik rumah yang hilang pencarian mahu menggunakan wang samada untuk teruskan hidup ataupun mahu mula mencari sumber pendapatan yang lain dengan berniaga. Namun, sebelum menjual rumah untuk mendapatkan wang, mereka haruslah tahu dan jelas dengan perangcangan kewangan mereka.


4. HARGA TIDAK TURUN

Harga rumah  sememangnya tidak akan turun, melainkan kawasan rumah tersebut adalah kawasan yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya. Namun begitu, harga rumah tetap tidak akan turun.

Hal ini kerana, rumah sentiasa ada permintaan.  Oleh itu, harga rumah sentiasa akan naik kerana permintaan yang sentiasa ada dikalangan kita. 


.

Oleh kerana, memiliki rumah amat penting untuk kita semua, saya ingin nasihatkan kepada kawan-kawan agar memikirkan untuk mendapatkan rumah dalam masa yang terdekat.

Hal ini kerana, harga rumah tak pernah menanti kita. Jangan pula anda tungu untuk memiliki rumah di kawasan anda dengan harga 1 juta. Jangan pula anda fikir "kenapalah aku tidak beli rumah 10 tahun yang lalu".

Jika tidak beli sekarang, adakah anda hendak beli 10 tahun akan datang?Masa tu harga rumah dah cecah RM1 juta.

Walaupun ada yang berjaya dalam hartanah, ada juga yang gagal dalam bidang hartanah. Anda boleh lihat artikel 7 sebab gagal membuat keuntungan hartanah.


kongsikan sekiranya bermanfaat.






tags : sebab kenapa perlu beli rumah hartanah








About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com