Wednesday, 24 February 2016

6 CIRI-CIRI RUMAH UNTUK PELABURAN

Apa Ciri Rumah Pelaburan?


Sebelom membeli rumah, pertama sekali anda tanya diri anda, apa sebab anda nak beli rumah??

nak tinggal sendiri ke?ataupun nk jadikan sebagai asset pelaburan?

lihat artikel : 4 sebab kenapa perlu beli rumah

kalau nak tinggal sendiri, artikel ini mungkin tidak sesuai untuk anda kerana anda mungkin memilih rumah di kawasan yang aman dan tenteram. Jika anda membeli rumah untuk pelaburan, adalah lebih baik anda cari rumah anda di kawasan-kawasan pendududuk padat.

Ini kerana, di kawasan ini ada permintaan yang sangat tinggi dari segi sewa dan sebagainya. Disini saya kongsikan kepada anda 6 perkara anda perlu fikir sebelom membeli rumah untuk pelaburan.




1. KAWASAN PENDUDUK


Kawasan yang berpenduduk ramai adalah kawasan yang semestinya menjadi tumpuan dan kawasan penduduk ramai . Ini adalah peluang anda untuk mencari rumah di kawasan situ kerana jika penduduk ramai, sudah tentu ada banyak permintaan rumah untuk didiami.
Anda seharuslah bijak mencari ruang dan peluang untuk dapatkan rumah di kawasan berdekatan, kerana rumah yang anda miliki akan cepat ada penyewa jika anda berjaya mendapatkannya.



2. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN


Anda juga perlu lihat, samaada di kawasan-kawasan tersebut adakah ianya terdapat kemudahan-kemudahan penganggukutan seperti lrt dan bus, teksi. Ini juga adalah salah satu faktor kenapa orang memilih untuk tinggal dan menyewa di kawasan tersebut. Kerana terdapat kemudahan yang disediakan.

Kawasan hartanah hotspot MRT.




3. SUMBER PENCARIAN


Sumber pencarian ini adalah juga faktor penting untuk memilih kawasan rumah. Hal ini kerana, sumber pencarian ini lah yang menyebabkan penduduk di sekitar memilih untuk tinggal dan menyewa di kawasan itu.

Sumber pencarian ini adalah seperti. kilang, kedai-kedai dan juga pasaraya besar yang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka memilih untuk tinggal di kawasan tersebut yang memudahkan mereka untuk pergi ke tempat pekerjaan mereka.





4. PERSEKOLAHAN


Kawasan rumah tersebut mestilah berdekatan dengan kawasan sekolah, hal ini kerana penyewa-penyewa dan penduduk di kawasan sekitar yang mempunyai keluarga semestinya memikirkan kemudahan untuk menghantar anak mereka sekolah disamping kehidupan seharian mereka yang sibuk. Lihat di kawasan tersebut adakah kawasan sekolah yang paling dekat untuk menghantar anak ke sekolah.





5. KEMUDAHAN FASILITI


Kemudahan fasiliti adalah penting untuk anda fikirkan kerana ia juga mempengaruhi pemilik rumah untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Kemudahan ini adalah seperti, pusat rekreasi, pusat membeli belah dan juga bank yang memudahkan aktiviti seharian mereka.




6. KAWASAN MEMBANGUN


Kawasan membangun adalah salah satu faktor sekiranya anda sememangnya mahu membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Hal ini kerana, kawasan membangun akan menjadi kawasan penduduk padat di masa akan dan datang, dan menjadi kawasan sumber pendapatan kepada penduduk. Kawasan ini akan menjadi kawasan permintaan rumah untuk didiami dan disewakan.Oleh itu rumah di kawasan membangun adalah sangat sesuai untuk pelaburan.


*

Itulah ciri-ciri yang anda perlu fikirkan sebelum membeli rumah untuk tujuan pelaburan. Paling penting adalah rumah yang kawasan berpenduduk tinggi, dan kawasan yang menjadi sumber pendapatan penduduk sekitar.
.
Yang terbaru adalah kawasan hartanah MRT. Hal ini kerana kawasan tersebut adalah menjadi kawasan tumpuan penduduk.

Jangan lupa ambil peluang. Hartanah Hotspot MRT untuk pelaburan.



Sekiranya anda ingin cari rumah untuk pelaburan dan nak beli rumah modal rendah.



anda lihat cara 16 pelabur hartanah berjaya beli rumah modal rendah ni.







Semoga artikel yang ditulis bermanfaat kepada anda.Jika bermanfaat kongsikan pada rakan anda.

Selamat maju jaya dan selamat memiliki rumah.








tags : jual beli rumah hartanah

About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com