Monday, 15 February 2016

5 RAHSIA ORANG KAYA DALAM PERNIAGAAAN

Orang Kaya Tak Nak Beritahu Rahsia Mereka Kaya


Orang kaya ni banyak rahsia sebenarnya. Dan kebiasaan nya, orang kaya ni mesti lah terlibat dengan bisnes,betul x?

walaubagaimanapun, saya nk kongsikan beberapa rahsia yang orang-orang kaya taknak kongsikan kepada kawan-kawan.

Apa yang saya kongsikan adalah suatu yang general sahaja sebenarnya, namun ia adalah suatu teras dalam perniagaan ataupun core dalam bisness itu.

Jika anda adalah usahawan ataupun bisnessman teruskan membaca, 5 rahsia ini untuk anda. Jika anda tiada minat dalam bisness, artikel ini bukan untuk anda.

5 rahsia ini adalah teras kejayaan dalam perniagaan. di mana orang-orang kaya tidak mahu beritahu anda.


1. DIRI SENDIRI


Pertama sekali, diri sendiri. Tanya diri sendiri di manakah kedudukan anda dalam mengejar kejayaan. Adakah anda adalah serius bisnesman ataupun hanyalah tgk org jual baju kita jual baju?tengok org bukak kedai, kita bukak kedai.

Hal ini penting kerana, yang membawa kepada kejayaan adalah diri sendiri. Di mana letak nya keazaman anda untuk membina kejayaan. Adakah sifat-sifat dan perangai usahawan terkandung dalam diri anda?

Hal ini kerana orang-orang kaya tidak mengenal putus asa dalam mengejar kejayaan. Sentiasa bangkit apabila jatuh dalam perniagaan. Dan orang-orang kaya sentiasa belajar untuk memperbaiki diri. Sentiasa mengambil peluang dalam perniagaan.

Adakah perangai usahawan ada dalam diri anda?jika ya!tahniah anda adalah orang kaya.





2. CUSTOMER


Customer boleh disama ertikan dengan pelanggan, ataupun client, ataupun pengguna pembeli dan sewaktu denganya.

Dalam bisness, customer adalah sangat penting. Tanpa customer dan pembeli siapa mahu beli barang anda?siapa mahu dapatkan servis daripada syarikat anda?

Jadi perkara penting dalam perniagaan adalah pelanggan ataupun customer. Orang- orang kaya cukup menjaga kualiti servis dan kualiti produk untuk pelanggan-pelanggan mereka. Dan mereka menjual produk adalah mengikut kehendak pelanggan mereka.

Saya ambil contoh ada kawan saya berniaga, jual burger, dan lokasinye tempat orang jual baju. 3 bulan kemudian, tutup kedai. Bungkus. Saya tanye die "ko knal customer ko?" die senyum saja.

Inilah salah satu rahsia orang-orang kaya berniaga, mereka kenal customer mereka, Jika mereka jual burger, mereka jual burger di medan selera ataupun tempat tumpuan yang sememangnya orang pergi nak cari makan. Dan jika mereka jual baju, mereka tidak menjual nya di kedai makan. Anda faham maksud saya?

Orang-orang kaya tahu customer mereka dan mereka jual barang mereka kepada targeted customer ataupun kumpulan sasar yang kene dengan produk dan servis mereka.

klik link ni untuk join group "LikeMethod" di mana dalam group tersebut ramai orang-orang kaya yang berjaya yang income 5 angka memasarkan product mereka terus ke sasaran melalui pemasaran facebook sahaja!


ketahui cara letupkan jualan di facebook dimana anda hanya perlukan 21 video tanpa perlu pergi seminar dan kursus yang mahal.

Mereka pasarkan product mereka terus kepada real targeted customer.


Jual product di facebook kepada targeted customer yang membeli.




3. STAFF


Orang-orang kaya cukup teliti dengan pengambilan staff ataupun pekerja nya. Hal ini kerana, apabila bisness dah besar, yang hanya buat kerja adalah staff sahaja. Orang kaya hanya memandu sahaja. Jika orang kaya memandu ferrari, cepat la sikit sampai kan. Kalau orang kaya pandu kancil lambat sikit sampai. Anda faham maksud saya? Pemandu sama, kereta berlainan. Dalam erti kata lain, Boss sama, staff yang buat kerja lain-lain perangai dan fiil.

Jadi orang kaya cukup menitik beratkan pengambilan staff mereka. Hal ini kerana staff mereka yang membawa peningkatan prestasi perniagaan. Apabila perniagaan makin maju, orang kaya dah tak menang tangan dan mula mengambil pekerja ataupun staff.

Sebagai contoh, orang kaya buat bisness construction, mesti la orang kaya akan hire salesman yang mampu mendapatkan projek-projek yang bagus-bagus bukan nya yang slow cari projek. Begitu juga dengan bisness-bisness butik ataupun yang seumpama dengan nya dimana staff memainkan peranan mendapatkan sales.

Orang kaya jaga staff mereka dan memilih staff yang boleh buat kerja.





4. PRODUCT/SERVIS



Product ataupun servis ini juga penting dalam perniagaan, hal ini kerana, product dan servis adalah teras kepada perniagaan orang kaya. Takde barang takde bisness, takde servis, takde bisness. Oleh itu, Product dan servis adalah sangat penting dalam perniagaan.

Orang-orang kaya tahu dan kenal product dan servis yang mereka buat. Mereka tahu product dan servis mereka mampu selesaikan masalah customer mereka. Dan mereka tahu product dan servis merka ada permintaan oleh customer dan client mereka.

Kita ambik contoh, masalah orang ramai nak beli ayam, kena ke pasar yang jauh.  Jadi Orang-orang kaya ini selesaikan masalah orang ramai dengan menjual ayam di kawasan yang berdekatan. Di situ ada permintaan dan ada permasalahan oleh orang ramai yang hendak mendapatkan ayam kene keluar ke pasar yang jauh.

Selesaikan!!

Orang kaya tahu product dan servis mereka mampu selesaikan masalah pelanggan dan terdapat permintaan daripada product dan servis meraka.

Jika anda masih ragu-ragu tentang perniagaan anda, anda boleh klik link ni, di mana 5 usahawan baru menjana ratusan dan ribuan ringgit dalam masa 48 jam tanpa kos pemasaran, tanpa produk dan tanpa risiko.


Artikel Berkaitan : List Bisnes Part Time




5. SISTEM


Sistem ini sangat penting kepada orang-orang kaya. Sistem ini adalah susun atur segala pengurusan dalam perniagaan orang-orang kaya.

Orang-orang kaya sentiasa menjaga sistem dalam pernigaan mereka dan memudahkan segala urusan perniagaan. Urusan ini adalah seperti perakaunan, operasi perniagaan, database pelanggan, dan juga pengurusan staff mereka. Hal ini perlu untuk mengawal aliran kewangan syarikat orang-orang kaya dan mengukur tahap pencapaian perniagaan.

Orang kaya mempunyai sistem dalam perniagaan mereka.


.


Orang-orang kaya kebanyakan daripada meraka, meraka sentiasa belajar, tiap-tiap hari akan ada ilmu baru yang dipelajari oleh mereka.


Jika anda ingin kaya dan berjaya, anda seharusnya berfikiran positif dan berfikiran minda seorang yang berjaya.



Anda lihat cara Ir. Ezwan membantu anda  mencapai cita-cita dalam 30 Jurus Kekayaan supaya anda dapat merentasi halangan-halangan dalam diri untuk anda menjadi kaya dalam masa 30 hari. 


Juga cara mind programming dengan menggunakan minda bawah sedar supaya minda anda menjadi minda yang mampu menarik wang.

Dengan itu, anda menjadi lebih positif, tenang dan rilex. Menguatkan minda magnet rezeki yang terpendam dalam diri anda. Supaya anda fokus untuk kaya dan berjaya.





Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda supaya anda menjadi kaya dan berjaya seperti rakan-rakan yang lain.












tags : jutawan hartanah jual beli rumah kejayaan perniagaan pelaburan





About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com