Dalam kehidupan seharian, masa dan wang sangat lah penting bagi setiap manusia.
masa digunakan untuk meluangkan masa untuk bersama keluarga, masa digunakan untuk berehat dan
masa digunakan untuk beribadat.
Wang pula juga amat penting pada manusia zaman kini. Wang adalah bukan segalanya, tapi kalu kita tiada wang, apa yang kita nak guna untuk membeli makanan dan keperluan harian. Dalam dunia serba canggih, segala-galanya memerlukan wang.
Oleh itu masa dan wang adalah amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari.
Mari kita lihat kesinambungan antara masa dan wang kepada kita manusia biasa.
Masa dan Wang. Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia:
1.#Tiada masa dan tiada wang.
Kebanyakan adalah pekerja dan orang makan gaji jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn daripada mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan
kebebasan yang tidak dapat di kawal.
2.#Tiada masa tetapi ada banyak wang.
Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini.
Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada lebihan wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka.Oleh itu, mereka mempunyai wang, tetapi mereka kekurangan masa.
3.#Ada masa tetapi tiada wang.
Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.
4.#Ada masa dan ada banyak wang.
Pemilik perniagaan besar, memiliki hartanah yang banyak dan
pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak dan wang yang banyak untuk dibelanjakan.
*
anda berada di kategori yang mana?jika anda berada dalam kategori tiada masa dan tiada wang, anda perlu lah berusaha untuk berada dalam kategori orang yang ada wang dan orang yang ada masa untuk kepentingan kehidupan anda.
persaingan dan cabaran dunia masa kini sungguh kuat. Berusahalah supaya anda tidak ketinggalan.
lihat artikel 3 jenis pelabur menurut Robert Kiyosaki
kongsikan kepada kawan-kawan jika bermanfaat
tags : motivasi diri kejayaan hartanah