Thursday, 25 February 2016

3 JENIS PELABUR. ANDA JENIS YANG MANA?

Dalam pengurusan kewangan dan dunia pelaburan, terdapat 3 jenis pelabur menurut Robert Kiyosaki, seorang jutawan Amerika yang sangat popular dengan hasil penulisan bukunya Rich Dad, Poor Dad.

Jenis pelabur ini adalah :
orang yang tidak melabur apa-apa,
orang yang melabur untuk tidak rugi
orang yang melabur untuk kaya.

ketiga-tiga jenis pelabur ini mempunyai gaya pemikiran dan juga pelaburan yang berbeza dari segi masa dan wang

Masa untuk mereka luangkan untuk ilmu ataupun tiada langsung masa untuk ilmu. 

Wang pula, kemana wang mereka dilaburkan dan mereka tahu kemana wang mereka pergi.

Dengan erti kata lain,pelaburan mereka adalah berbeza dari segi masa dan wang.



1 PELABUR YANG TIDAK MELABUR APA-APA

Terms pelabur yang tidak melabur apa-apa ini merujuk kepada pekerja. Kebiasaannya pelabur jenis ini akan bekerja, dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja mereka untuk dapatkan lebihan duit belanja. Mereka mempunyai kemahiran dan bekerja dengan tekun dan gigih dengan harapan mereka akan dinaikkan gaji dan dan dapat duit extra. Mereka akan jump company apabila mereka sudah cukup pengalaman bekerja, dengan erti kata lain mereka demand gaji di syarikat lain. Pelabur jenis ini akan menyimpan duit mereka ataupun tidak menyimpan duit mereka. Mereka bergantung sepenuhnya pendapatan daripada majikan. Mereka tidak melabur di mana-mana tempat dan juga masa melainkan hanya bekerja.


2 PELABUR YANG MELABUR UNTUK TIDAK RUGI

Untuk pelabur jenis ini, mereka kebiasaanya celik tentang dunia pelaburan dan mereka akan kaji tentang jenis-jenis pelaburan sebelum mereka melabur. Dengan erti kata lain, mereka melabur untuk tidak rugi dan menguntungkan. Pelabur jenis ini kebiasaanya akan bekerja keras untuk simpan duit, bebas hutang dan juga melabur untuk jangka masa panjang seperti mutual fund. Mereka akan meluangkan masa untuk sedikit ilmu dan menggunakan wang simpanan untuk pelaburan.


3. PELABUR YANG MELABUR UNTUK KAYA

Pelabur jenis ini kebiasaanya meluangkan masa dan wang mereka untuk pelaburan dengan harapan pelaburan mereka untuk kaya. Pelabur jenis ini kebiasaanya ingin mengusai pelaburan mereka. Hak keputusan adalah ditangan mereka. Mereka kebiasaannya akan melabur dalam biness dan juga real estate. Kebanyakan daripada mereka adalah risk taker. Beza mereka dengan pelabur lain adalah mereka meluangkan masa mereka untuk ilmu dan juga wang untuk tujuan pelaburan.

*

3 jenis pelabur ini adalah berkait dengan anda, anda berada dalam jenis pelabur yang mana?

Anda tentukan ke mana halatuju anda, jikalau anda ingin berjaya anda perlulah luangkan masa untuk belajar dan bekerja keras, hanya diri anda yang mampu bantu anda untuk berjaya.

Semua orang suka untuk melabur jika mereka ada wang, tapi siapa yang sanggup melabur untuk ilmu?

Ilmu adalah penting untuk anda berjaya,dan supaya anda tidak rugi. Dan sebab itulah kebanyakan pelabur untuk kaya, mereka kaya kerana mereka meluangkan masa mereka untuk ilmu dan kerja keras.

Itu sahaja daripada saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, dimana anda berada dan kategori pelabur yang manakah anda supaya anda dapat perbaiki apa kelemahan dan kekurangan dalam diri anda.

Lihat artikel : 9 cara buat duit part time

Sekiranya anda mahu bebas hutang anda boleh dapatkan ebook "bebas hutang". saya beri percuma saja untuk anda tahu 14 sebab yang menyebabkan anda berhutang dan 3 cara utama kurangkan hutang.

Semoga berjaya menempuh liku-liku kehidupan.





tags : jenis pelabur hartanah real estate


About the Author

Fared NowHartanah

Author & Editor

Agen Hartanah Berdaftar.Sedia membantu anda mendapatkan pembeli hartanah. Sedia menyediakan khidmat konsultansi berkaitan bidang hartanah.Menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan penjualan dan pembelian. Menyediakan khidmat penilai dan juga guaman untuk memudahkan urusan pembelian hartanah.Memudahkan kerja anda dan mempercepatkan process pembelian dan penjualan hartanah. call 0163272530. (Real Estate Negotiator)dan saya bantu mudahkan kerja anda

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com