Thursday, 14 March 2019

Cara Mudah Jimat Duit Poket Belanja Harian


Anda selalu boros dalam belanja harian? Rilex, hampir semua dari kita boros dalam belanja.

Hal ini kerana masing-masing ada keperluan dan kehendak yang tersendiri.


Manakala, pendapatan pula terhad.


Jika anda sering mengalami masalah sering tak cukup duit hujung bulan.


sebenarnya ada cara untuk anda jimat duit perbelanjaan anda tanpa anda sedari.

Saya kongsikan sedikit tips untuk anda amalkan supaya anda dapat jimat duit belanja.



10 cara jimat duit belanja







TIPS Jimat #1 : SEMAK SEMULA BAYARAN BULANAN ANDA

Ya! Ini adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang PALING PANTAS untuk anda perbaiki kedudukan kewangan anda secara SERTA-MERTA!

Anda buat tips ini pada bulan ini! 
Insyallah... confirm.. kedudukan kewangan anda akan terus bertambah baik pada bulan depan!

Baiklah!

Sekarang luangkan masa 5 minit.
Ambil sekeping kertas dan sebatang pen.
Kemudian....

Tulis dan  senaraikan semua perkara yang anda perlu bayar setiap bulan beserta  jumlahnya.

Contohnya...

  1. Sewa / Hutang rumah...... RM XXX
  2. Hutang Kereta .... RM XXX
  3. Hutang Motorsikal...... RM XXX
  4. Hutang Kad Kredit ...... RM XXX
  5. Hutang PTPTN....... RM XXX
  6. Hutang Personal Loan...... RM XXX
  7. Caruman ASBLoan......RMXXX
  8. Hutang Court Mammoth/Senheng...... RM XXX
  9. Bil Air...... RM XXX
  10. Bil Elektrik...... RM XXX
  11. Bil Telefon...... RM XXX
  12. Bil Internet/Unifi...... RM XXX
  13. Bil Astro...... RM XXX
  14. Bil Penapis Air (coway/cuckoo)...... RM XXX
  15. Yuran Sekolah Anak...... RM XXX
  16. Yuran Gym...... RM XXX
  17. Yuran Van Sekolah...... RM XXX
  18. Yuran Keselamatan Taman/Apartment...... RM XXX
  19. Yuran Taska / Yuran Pengasuh...... RMXXX
  20. Caruman Takaful/Insuran...... RM XXX
  21. Caruman Medical  Card...... RM XXX
  22. Langganan iflix/netflix...... RM XXX
  23. Duit ibu/bapa...... RM XXX
  24. Nafkah Isteri...... RM XXX
  25. Belanja sekolah anak-anak...... RM XXX
  26. Kad Touch N Go...... RM XXX
  27. Kad Akses Parking Bulanan...... RM XXX


Artikel Berkaitan : 8 Langkah Selesaikan hutang


Ambil sedikit masa.... fikir dan  ingat semula semua bayaran anda bayar pada setiap bulan.

Senaraikan seeeeeeeeeemmmmuaaanya!

Sedar atau tidak...
Anda mungkin akan terkejut tentang perkara-perkara perlu anda bayar pada setiap bulan. 
Banyak rupanya! Patutlah anda asyik tak cukup duit je setiap hujung bulan!

Ok!... setelah anda sudah senaraikan semuanya....
Sekarang.. anda perlu lihat semula setiap perkara tersebut.

Anda perlu luangkan lagi sedikit masa untuk menilai setiap perkara yang anda bayar tersebut.

Anda perlu BUAT PENILAIAN SEMULA!

Adakah bayaran tersebut.... BOLEH DIHENTIKAN atau  DIKURANGKAN?


Contohnya.....

Bil Astro....  bolehkah ianya dibatalkan? atau dikurangkan (tukar pakej basic) atau diubah kepada pilihan yang lebih murah seperti NJOI / HyppTV ? 

Saya dulu pun pernah pasang Astro juga.. tapi kemudian, saya ambil keputusan untuk potong dan hentikan terus langganan saya... hasilnya saya dapat jimat RM80 sebulan.

Mula-mula tu, kasihan juga pada anak-anak sebab mereka tak dapat tengok cerita kartun lagi!
Tapi.. kesedihan itu cuma 1 minggu sahaja...
Lepastu... mereka ok je!! 
Langsung tak tengok tv dah sekarang! 
Lebih banyak baca buku dan buat aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah.. :)


Bil telefon.. bolehkah ianya dikurangkan? atau ditukar kepada pakej telco lain yang lebih murah?
Pengalaman saya.. dahulu saya gunakan telco MAXIS.... sebulan bayar RM90-RM120, saya bayar je setiap bulan sebab dah lama pakai dan sudah rasa selesa. 
Jadi, malas dah nak tengok pakej-pakej promosi dari  telco lain.

Tapi  kemudian, pada satu hari... saya telah luangkan masa sehari, untuk lihat pakej-pakej telefon dari telco lain dan mula membuat perbandingan. Saya cari dan pilih-pilih pakej yang sesuai dengan cara penggunaan saya. 

Saya jarang sangat buat panggilan telefon, begitu juga SMS.
Tentang data? juga amat kurang guna kerana saya sentiasa guna wifi.

Setelah buat perbandingan pakej-pakej tersebut dan lihat cara penggunaan saya..
Barulah saya tersedar, ruapa-rupanya saya sudah terlebih bayar selama ini.

Akhirnya, saya tukar ke telco lain, tetapi masih mengekalkan nombor yang sama.
Di telco baru (REDONE), saya hanya bayar RM38 sahaja setiap sebulan! 
Besar gilerrr perbezaannya! Banyak duit saya jimat.

Itu baru 2 perkara sahaja saya batalkan dan ubah!
Ianya sudah pun memberikan penjimatan hampir RM200 kepada saya setiap bulan.

Banyak lagi perkara yang saya UBAH DAN BATALKAN!
Hinggalah kepada langkah yang besar dan drastik seperti membuat "refinance loan rumah" dan kereta!

Tapi untuk langkah permulaan ini... 
Kita semak dan ubah dulu perkara-perkara kecil.






TIPS Jimat #2 : HARI TANPA DUIT!

Hari tanpa duit? Hah! macam mana tu?

Begini caranya....
Jika anda sedar... boleh dikatakan, hampir setiap hari.. anda akan keluarkan duit!

Perasan tak?

Dari pagi mula keluar rumah, beli sarapan, beli suratkhabar, kemudian bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar parking, balik nanti bayar tol lagi, kemudian singgah gerai tepi jalan beli goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan sebagainya.

Boleh dikatakan.. setiap hari.. hampir setiap hari kita akan keluarkan duit dari poket kita..!

Jadi, untuk tips no 2 ini... saya ingin cabar anda.

Dalam tempoh seminggu... anda pilih 1 hari!
Pilih 1 hari sahaja...

Dimana, pada hari tersebut.. anda perlu tahan diri dan berjanji takkan keluarkan duit 1 sen pun dari poket atau dompet anda!

Boleh?

Rasa macam mustahil ke?

Jika rasa mustahil... mungkin anda boleh mulakan dulu dengan hari Ahad!
iaitu hari cuti.

Pada hari tersebut, walau apa pun terjadi, cuba untuk tidak keluarkan sebarang duit dari dompet/poket. Pendek kata, hari itu, adalah hari tanpa duit!

Jika ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang duit.

Pada mulanya memang terasa agak sukar...
Saya sendiri... masa mula-mula buat "hari tanpa duit" pun, memang terasa sukar.
Tapi, bila saya dah berjaya lalui hari tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun!

Dia punya rasa seronok dan teruja itu lain macam.

Mula-mula saya buat 1 hari dalam seminggu...
Kemudian saya upgrade jadi 2 hari seminggu tanpa duit...
Kemudian, naik lagi.. 3 hari tanpa duit dalam tempoh seminggu!


Jika dulu, dalam dompet saya, biasanya saya peruntukkan RM200 untuk kegunaan seminggu.

Tapi bila saya amalkan tips "hari tanpa duit",  saya hanya masukkan RM50 sahaja duit dalam dompet untuk kegunaan seminggu!



Salah satu faktor kita sering tidak cukup duit sebenarnya adalah disebabkan tabiat kita yang suka berbelanja tanpa kita sedar.

Beli goreng pisang RM5.
Beli air di petronas RM3.
Beli jajan anak RM2.

Kadang-kadang tu, takde sebab pun kita perlu beli sesuatu barang tu.. tapi sebab ada duit dalam dompet dan rasa haritu takde beli apa-apa lagi.. maka kita pun beli sahaja apa-apa, mula-mula ingat nak beli jajan untuk anak-anak RM4-5 ringgit, tapi kemudian terbeli sampai RM30.

Benda-benda kecil inilah sebenarnya yang men"ghaib"kan duit kita tanpa kita sedar.
Ia hilang sikit.. sikit....
Tapi bila dikumpulkan dan dikira.. jumlahnya agak besar juga sebenarnya.

Oleh itu, bila kita amalkan hari tanpa duit, maka ianya akan serba sedikit dapat menyedarkan kita tentang perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu tersebut.

Apabila mahu keluarkan duit sahaja... kita akan teringat! 
Oh! hari ini hari tanpa duit! Tak boleh beli!

Cubalah! Dan rasai sendiri keajaibannya. Mampukah anda jimat duit poket dengan teknik ni?








TIPS Jimat #3 : TUNGGU OFFER BARU BELI!


Ya! Tunggu Offer dan baru beli!
Macam biasa dengar.... tapi.... offer apa yang nak ditunggu? dan barang apa yang nak dibeli?




Baiklah.. begini kisahnya.... :)



Sama ada anda perasan atau tidak, ada sesetengah barang yang kita gunakan di rumah, sememangnya perlu/mesti kita  kena beli ia sama ada setiap minggu atau pada setiap bulan.



Contohnya..


  • Susu Anak
  • Pampers
  • Beras
  • Milo
  • Susu 
  • Garam & Gula
  • Sabun Cuci Baju
  • Sabun Basuh Pinggan
  • Tisu
  • Minyak Masak
  • Nugget/Kentang Goreng /Makanan Sejukbeku
  • dan banyak lagi.....

Jadi, apa yang perlu anda lakukan.... senaraikan dahulu apakah barang-barang yang anda perlu beli sama ada secara mingguan atau bulanan!

Barang-barang ini biasanya boleh disimpan dan tahan lama.
Ianya BUKAN barang basah yang perlu dibeli secara harian atau 2-3 hari sekali.


Iangat ya.. BARANG KERING dan mesti BOLEH DI SIMPAN untuk tempoh yang lama.."EXPIRED DATE" barang-barang ini selalunya sekitar 1-2 TAHUN.



Selepas anda dah senaraikan semua barang tersebut.
Selalunya hanya sekitar 20 barang sahaja yang anda memang betul-betul beli setiap minggu/bulan.

Kini anda perlu "alert", perhatikan harga jualan barang-barang ini pada waktu biasa dan pada waktu offer.



Sama ada anda perasan atau tidak...


Supermarket-supermarket besar seperti Tesco , Giant.
Akan sentiasa membuat tawaran pada setiap minggu.
M
ereka akan sentiasa "rotate" barang berbeza untuk diberikan diskaun pada setiap minggu.


Contohnya, minggu ini mereka akan berikan diskaun pada "susu kotak"
harga biasa susu tersebut adalah RM5.99, tetapi bila ada offer, mereka akan jual pada harga RM4.99

Bila ada offer sebegini, biasanya saya akan beli susu tersebut 4-5 kotak terus untuk stok 1-2 bulan.

Offer tersebut biasanya akan berlangsung untuk tempoh 1-2 minggu sahaja.
Kemudian.. ia akan berbalik semula pada harga biasa dan barang lain pula yang akan diberi potongan harga.

Biasanya, selepas 1-2 bulan, giliran susu kotak tersebut diberi potongan harga akan kembali semula. Apabila giliran ia tiba semula, saya akan beli lagi beberapa kotak.

Dengan cara ini, saya akan dapat membeli barang tersebut dengan harga diskaun sepanjang masa.

Perkara yang sama saya lakukan untuk barang-barang lain.
Seperti minyak masak, santan kotak, sosej, nugget, minuman 3-in-1, sos spaghetti, tin sardin, mee segera, sabun pencuci baju, sabun pencuci pinggan dan banyak lagi..

Tempoh masa barang-barang tersebut akan kembali diberikan diskaun, biasanya adalah sekitar 1-2 bulan.


Pendek kata.. setiap kali saya pergi ke tesco atau giant.

Saya hanya akan membeli barang-barang yang diberikan offer pada harga diskaun sahaja! Dan saya akan beli LEBIH beberapa unit untuk dijadikan stok(biasanya untuk stok 2 bulan)

Barang-barang yang tidak ada diskaun harga, saya akan tangguhkan dan beli di waktu lain, iaitu sewaktu tiba giliran mereka diberikan diskaun.

Kecualilah, jika barang tersebut memang sudah habis stok di rumah dan saya perlu gunakan ia juga, maka saya akan beli juga 1 unit, sekadar untuk kegunaan pada minggu/bulan tersebut.

Untuk gunakan kaedah ini, anda perlu "aware" juga pada harga yang ditawarlan.
Kadang-kadang, harga diskaun yang diberikan, tidak begitu murah.
Contohnya, susu kotak tadi, harga biasa ialah RM5.99.. kadang-kadang, sewaktu offer, ia hanya turun menjadi RM5.39 sahaja... sedangkan, sebelum ini, ia pernah turun menjadi RM4.99. Jika ia sekadar turun sedikit, anda boleh tunggu lagi (jika masih ada stok di rumah) atau beli juga (jika stok di rumah sudah habis)

Anda mungkin tidak perasan tentang harga ini pada mulanya..
Tapi bila anda dah sentiasa beli barang tersebut dan amalkan tip ini,
Insyallah anda akan perasan dan dapat ingat.. berapakah harga diskaun yang paling rendah yang pernah diberi pada sesuatu barang itu.

Bila anda dapati barang itu diberikan pada harga diskaun yang terendah.. masa itulah anda beli banyak-banyak!

Boleh?

Insyallah boleh!

Dengan mengamalkan teknik ini sahaja.. saya dapat jimat hampir 50% dalam perbelanjaan bulanan saya bagi perbelanjaan barang-barang dapur dan keperluan rumah.

Dulu, untuk tempoh sebulan , biasanya saya akan ke giant sebanyak 2 kali dan belanja sekitar RM300 setiap kali datang. Sebabnya, saya akan tunggu semua barang-barang di rumah habis dan akan belanja sekaligus untuk stok 2 minggu.

Tapi bila amalkan tips ini, biasanya saya akan ke giant 3 kali dalam tempoh sebulan.. dan setiap kali pergi, saya hanya akan berbelanja sekitar RM100- RM150. Ini lebih jimat kerana pada waktu ini, saya tidak tunggu barang habis baru beli! Tetapi saya tunggu barang offer baru beli!

Nampak tak?
Dulu.. tunggu barang habis di rumah, baru beli (jadi terpaksa beli walaupun pada harga mahal)
Sekarang... tunggu offer.. baru beli (jadi dapat beli pada harga murah).

Boleh ya!








TIPS Jimat #4 : (UNPLUGGED) CABUT dan KECILKAN!




Apa yang nak cabut dan apa yang nak kecilkan?



Baiklah! Sekarang... anda cuba check semua plug di rumah anda.

Ada tak sebarang peralatan elektrik yang tidak digunakan tetapi plugnya masih tersambung pada soket di dinding?


Jika ada.. cepat-cepat cabut plug tersebut dari soket di dinding.

Plug yang selalu tersambung ini biasanya adalah plug komputer, plug lampu, plug microwave, plug periuk/cerek elektrik.. dimana, kita tak gunakan peralatan tersebut, tetapi plugnya tetap bersambung di socket. Alasannya.. senang nanti bila nak guna.. hanya tekan suis sahaja!


No! No! No!... kalau alat tersebut tidak digunakan... jangan biarkan plug alat tersebut terus bersambung. Cabut cepat-cepat selepas guna!



Ini kerana, plug yang bersambung pada socket, walaupun suisnya sudah ditutup! Ia sebenarnya masih tetap mengalirkan arus elektrik dan menyebabkan pembaziran elektrik berlaku.



Ini bukan "auta" ya... tetapi "fakta".



Malah, ianya turut diakui oleh pihak TNB.

(lihat gambar screenshot dibawah yang diambil dari facebook TNB)






Saya sendiri telah mengamalkan tips ini dimana, saya telah cabut semua plug yang tidak digunakan.



Hasilnya, penjimatan hampir 30% untuk bil elektrik saya pada bulan yang berikutnya.

Dulu setiap bulan bil saya sekitar RM100, tapi bila saya cabut semua plug, bil elektrik saya yang baru, hanya sekitar RM70 sahaja.


Jimat banyak tu!



Tips ini telah dilakukan juga oleh kakak saya yang mana, bil elektrik rumah beliau selalunya adalah sekitar RM300 (sebab ada aircond). Bila dia amalkan tips ini (cabut plug), bil elektrik dia menurun kepada RM200 lebih sahaja sebulan. Hampir RM100 juga dia dapat jimat!




Saya kira, ini adalah tips yang sangat POWER, hanya perlu cabut plug sahaja!

Terus dapat jimat bil elektrik! Tak perlu dah nak beli alat jimat elektik segala bagai!
Saya harap anda dapat lakukan tips ini sekarang juga!.. :)


Yang kedua... Kecilkan!



Ini adalah tips untuk jimat bil air!

Caranya, mudah sahaja!
Anda masuk ke dalam semua bilik air rumah anda... dan sekarang, pusingkan pili utama (pili yang kawal/sekat air ke kepala paip). Kecilkan sedikit bukaan ia (jangan buka sampai habis).


Sebabnya..?



Sebab, selalunya, apabila kita buka pili air.. kita akan buka pili air tersebut sampai habis.. jadi, air yang keluar sangat deras dan banyak. Terutama sekali jika kita ada anak-anak kecil yang suka buka pili air besar-besar sewaktu mandi dan dibiarkan terbuka walaupun ketika dia sedang sabun atau gosok gigi.



Jadi, dengan cara mengecilkan bukaan pada pili utama, maka, ia dapat perlahankan & kurangkan jumlah air yang keluar di kepala paip (walaupun dah pusing sampai habis).



Dengan melakukan tips ini, insyallah anda akan dapat lihat pengurangkan antara 10-20% pada bil air anda di bulan hadapan!



Cubalah ya!



Saya harap tips ini dapat membantu anda mengurangkan 2 bil utama di rumah anda!

Jika anda rasa ia bermanfaat, boleh juga forward dan sharekan email ini kepara adik-beradik atau rakan-rakan anda yang lain.. :)










TIPS #5 : AUTOMATIK SIMPAN LEBIH!


Apa yang automatiknya? Apa yang lebihnya?


Begini....


Jika ikut praktiskewangan yang baik.

Mahu atau tidak, setiap kali dapat gaji, kita perlu simpan 10% terlebih dahulu duit gaji yang kita terima ke akaun lain.

Ya! Simpan dulu 10% sebelum anda gunakan duit tersebut untuk membayar sebarang bil, hutang dan sebagainya.


Jadi, untuk memastikan anda tidak tertinggal atau terlupa untuk buat simpanan 10% ini, maka saya sarankan anda membuat pemotongan wang secara automatik, dari akaun CIMB/Maybank (akaun terima gaji) anda, terus ke akaun Tabung Haji (akaun simpan duit)anda pada setiap bulan.


Sebenarnya anda boleh setup "Scheduled Transaction" (CIMB) atau "Standing Instructions" (Maybank) untuk membuat pemotongan terus dari akaun anda ke Tabung Haji secara automatik pada setiap bulan.


Macam mana nak buat?

Boleh lihat gambar dibawah!







Setkan tarikh pemotongan tersebut 1-2 hari selepas tarikh biasa anda terima gaji!

Jika anda biasa terima gaji pada 25-27hb, maka, anda boleh setkan pada tarikh 29/30hb setiap bulan.

Cuma disini, saya nak share lebih sikit...

Untuk amaun pemotongan tersebut.. kalau boleh, anda jangan buat nombor genap.
Contohnya seperti RM100 sebulan atau RM200 sebulan.

Tetapi, anda cuba lebihkan sedikit agar menjadi nombor ganjil...


Contohnya..

RM127.90 sebulan.... atau RM219.70 sebulan...

Dengan cara ini, anda akan fikir, anda hanya simpan RM100/RM200 sahaja sebulan..

jadi, untuk setahun.. jumlahnya RM1200/RM2400.

Tetapi, bila anda gunakan teknik simpan lebih ini..

tanpa anda sangka.. di hujung tahun nanti, anda dapati, anda telah menyimpan RM1500 / RM2600

Ianya lebih 2-3 ratus dari apa yang anda jangkakan!

Itu belum campur bonus & dividen tabung haji lagi tu.. :)

Macam mana? Boleh ya!


Saya harap! Anda dapatkan amalkan terus tips ini sekarang juga.

Buka terus Maybank2u / Cimbclick anda sekarang dan buat terus "Scheduled Transaction" (CIMB) atau "Standing Instructions" (Maybank) tu!

Selamat mencuba!










TIPS #6 : TEKNIK SIMPAN DUIT HARAM

Anda boleh gunakan teknik ini pada duit RM5 (hijau) atau duit RM20 (oren)

Caranya... mudah sahaja!
Setiap kali anda menerima wang RM5 atau wang RM20 sekeping.... anda perlu ANGGAP bahawa... duit tersebut adalah "HARAM" digunakan.

Oleh itu, anda perlu simpan duit tersebut di dalam sebuah tabung khas di dalam rumah anda!

Setiap kali dapat je duit RM5/RM20.. terus masukkan dalam tabung tersebut.
Jangan gunakan ia!

Setelah cukup 3/6/9/12 bulan...
Anda boleh buka tabung tersebut, keluarkan semua duit dan simpan duit tersebut ke dalam bank pula.

Anda pasti akan terkejut dengan jumlah duit yang telah berjaya anda kumpulkan dengan menggunakan teknik "Duit Haram" ini!

Macam mana? Bolehkan?
Jika anda rasa RM20 tu macam sayang je nak simpan...
Tak mengapa, mungkin anda boleh cuba dulu dengan duit RM5 sahaja... :)

Boleh ya?

Ringkas sahaja untuk tips kali ini!
Walaupun agak ringkas dan simple, saya harap anda dapat amalkan ia!







TIPS #7 : ADA DISKAUN TAK?

Caranya.. mudah sahaja!
Setiap kali anda ingin membeli atau membayar sesuatu yang anda beli!
Ringankan mulut untuk bertanya kepada penjual tersebut..

"Ada diskaun tak?"

Hanya tiga patah perkataan sahaja! 
Seringkali juga, pihak penjual akan bermurah hati untuk memberikan diskaun.

Jika dapat diskaun! Maka anda sudah dapat jimat disitu....
Tetapi, jika penjual tidak memberikan apa-apa diskaun.... tidak mengapa... 
anda sebenarnya tak rugi apa pun..

Pernah satu ketika, saya dan isteri ingin membeli karpet untuk rumah saya....
Setelah dah pilih corak dan saiz karpet yang disukai...
Saya pun ingin membayar karpet tersebut yang berharga RM150.
Tapi entah macam mana.. tiba-tiba isteri saya mencelah dan bertanya kepada penjual tu..
"Ada diskaun tak?"

Dan dengan pantas, si penjual tu kata...
"Oklah.. saya bagi harga RM110 sahaja"..

Wah! Sudah jimat RM40 dengan hanya bertanya 3 patah perkataan sahaja!
Terus saya bawa isteri saya makan KFC selepas itu.. :)







TIPS Jimat #8: SURVEY ONLINE!


Saya pasti, anda mungkin sudah biasa buat perkara ini, apabila ingin membeli sesuatu barang, terutama barang yang agak mahal seperti smartphone, tv, peti ais dan sebagainya..

Kita akan cuba buat survey dulu.

Kalau dulu-dulu, memang agak leceh nak buat survey ni, terpaksa luang masa dan tenaga untuk pergi dari satu kedai ke kedai yang lain.

Teringat pengalaman saya 5 tahun lepas, masa tu saya nak beli peti ais.

Jadi, saya dan isteri ambil masa 1 hari di hujung minggu untuk pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain.


Pada mulanya, nak buat survey dahulu.

Tapi bila sampai kedai yang ketiga.. terus je beli..
Tak larat dah nak pilih dan banding harga!
Terlalu banyak model, saiz dan harga. Pening!
Jadi.. beli jerlah apa-apa model pun asalkan kena dengan bajet.

Itu cerita 5 tahun lepas, tapi sekarang, dah mudah!

Sekarang bila nak buat survey, semuanya dah boleh di buat secara online sahaja!

Buka sahaja website lazada, lelong, shopee dan mudah.my
Search sahaja nama barang yang kita nak beli...
Berlambak result keluar.

Dari situ kita boleh pilih dah buat perbandingan tentang harga produk.
Malah kita boleh beli terus dari website tersebut.

Saya rasa, anda pun dah biasa buat perkara ini.

Cuma dalam tips ini, saya nak share satu website yang memudahkan anda buat survey.

Website tersebut ialah... www.iprice.my


Dalam website ini, anda boleh taip sesuatu nama produk, lagi bagus, taipkan terus nama model barang yang kita nak beli tu.

Apa yang bestnya, web ini akan senaraikan harga jualan produk tersebut dari semua web e-commerce yang boleh di akses dan beli oleh rakyat malaysia seperti  lazada, shopee, aliexpress, youbeli, harvey norman dan banyak lagi website.

Kira-kiranya, web ni macam web trivago la.. tapi trivago tu untuk hotel je..
yang web iprice ni untuk semua benda.

:)

Itu sahaja untuk tips kali ini!
Saya harap anda dapat try guna website tu apabila membuat survey untuk membeli sesuatu barang nanti dan jimat sedikit duit anda.






TIPS Jimat #9 : JUAL DIRI!

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ya...

Jual diri yang saya maksudkan disini ialah,
menjual kemahiran yang ada pada diri kita!


Anda buat duit sambilan di rumah atau secara part time.

Itulah sebenarnya cara yang paling pantas dan mudah untuk kita menambah pendapatan!


Caranya adalah... dengan melihat dan mengenalpasti..


"Apakah kemahiran yang ada pada dri kita?"

Kemudian, tawarkan kemahiran itu sebagai satu perkhidmatan kepada orang lain.

Mungkin kita pandai memasak ke? pandai menjahit? pandai ambil gambar?
atau.. pandai bahasa inggeris , pandai mengaji? .. 

boleh buat kelas tuisyen di rumah secara one by one.

Tak tahu anda pandai apa?
Jika begitu.. cuba tanya pasangan anda atau kawan-kawan di sekeliling...
Kadang-kadang, kita memang tak perasan diri kita ni pandai apa..
Tapi pasangan/ kawan-kawan kita "nampak" yang kita ni pandai buat sesuatu!



Contohnya.. kita rasa.. kita masak biasa-biasa je..
Tapi kawan-kawan/pasangan yang pernah makan masakan atau kuih yang kita buat,
rasa sedap sangat! Tak jumpa di tempat lain!

Memang selalu macam tu... kita rasa, kita ni hanya biasa-biasa je bila buat sesuatu.
Tapi bagi orang lain, kita sebenarnya luar biasa!

Jadi, cuba cari dan tanya kawan-kawan sekeliling tu..
Apakah yang mereka rasa anda "handal" buat?

Jangan pandang rendah dengan diri anda... diri anda pasti ada satu kelebihan.
Paling-paling kurang pun... anda mungkin rajin lipat kain!

Hah! Lipat kain....
Jangan tak percaya, ramai orang yang malas/ tak sempat nak lipat kain!
Hinggakan, ada orang yang menawarkan perkhidmatan melipat kain!
1kg kain, upahnya RM2.

Itupun boleh jadi! Sampai tak cukup tangan dia terima order.. ramai sangat orang hantar kain kepada dia!

Boleh ya?


Mungkin dengan cara ini anda dapat jana sedikit pendapatan.






TIPS #10 : TRACK/REKODKAN PERBELANJAAN ANDA

Seringkali terjadi, bila kita dapat gaji... selepas beberapa hari atau minggu, kita dapati wang kita hampir habis dan kita amat pelik... mana perginya wang kita tu?

Apa yang sudah kita belanjakan?
Rasanya, takde belanja apa-apa pun.. tetapi kenapa wang dah habis!

Hah!... Jangan pelik-pelik....
Inilah pentingnya untuk kita track atau rekodkan setiap perbelanjaan kita!

Kalau dulu, memang leceh nak track & rekod peberlanjaan ni..
Nak kena bawa pen dan buku nota kecil setiap masa dalam poket untuk tulis apa yang kita dah belanjakan setiap hari!

Itu cerita dulu! Zaman-zaman  ziana zain masih anak dara.
Sekarang dah lain! Zaman sekarang sudah lebih mudah...

Caranya... Install sahaja "Aplikasi Urus Duit" di phone kita.

Ada banyak aplikasi urus duit yang boleh kita install dari Google Play atau Apple store.
Antara Aplikasi urus duit yang gemar saya gunakan adalah Aplikasi ClevMoney.


Boleh juga anda search apps yang anda rasa sesuai dengan diri anda seperti "money management" ataupun "home finance".

Menggunakan aplikasi ini, kita boleh rekodkan segala perbelanjaan yang kita lakukan dengan lebih mudah. Maklumlah, kan phone kita kan memang ada 24 jam kat tangan kita. Jadi senang lah nak buat rekod.

Apa yang menariknya, dengan aplikasi ini, kita akan dapat lihat,
kemanakah duit kita paling banyak dibelanjakan kelak, adakah untuk makanan? petrol? pakaian? tol?  beli-belah? dan sebagainya!

Bila kita dah tahu di mana belanja yang paling banyak kita keluarkan setiap bulan...
dari situ, kita boleh buat planning untuk fokus berjimat pada bahagian tersebut.

Macam mana? Boleh ya?




*********



Saya harap anda dapat amalkan 10 tips jimat duit belanja bulanan, mingguan dan harian anda.


Jika anda rasa tips ini bermanfaat, anda boleh lihat 









10 Cara Jimat Duit Belanja Bulanan Mingguan dan Harian

 
Duit Rumah © 2015 - Designed by Templateism.com